web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Syarikat Penerbangan: Polis Buka Kertas Siasatan Terima Lebih 60 Laporan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 8:12PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan baharu terhadap seorang pengasas bersama syarikat penerbangan tempatan selepas menerima 67 laporan membabitkan skim pelaburan yang dikendalikannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah keseluruhan kerugian berdasarkan laporan berkenaan lebih RM81 juta.

Beliau berkata, polis kini menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Laporan ini dibuat oleh individu yang melabur di dalam i-Serve, dengan kerugian dianggarkan RM81,609,900 dan kami menggesa mana-mana individu yang menjadi mangsa dalam skim pelaburan ini tampil membuat laporan polis," katanya dalam sidang media khas hari ini.

Sebelum ini, ahli perniagaan bergelar 'Datuk' itu dan tujuh individu lain termasuk peguam syarikat dan pemegang saham ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Kesemua mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam pada itu, Ramli turut menasihatkan orang ramai yang ingin menderma untuk rakyat Palestin supaya menyemak kesahihan wakil yang mengurus sumbangan berkenaan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

Beliau berkata, walaupun polis tidak menerima sebarang laporan berhubung penyelewengan wang derma berkenaan, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud pihak yang cuba menangguk di air keruh atas situasi yang terjadi di Palestin dan kemurahan hati rakyat Malaysia.

"Setakat ini tiada undang-undang khusus untuk mengawal kutipan derma bagi bencana yang bukan diurus oleh kerajaan, sebagai langkah kawalan polis menyarankan pihak yang mengutip derma ini didaftarkan dan dikawal selia serta diaudit oleh agensi kerajaan tertentu," katanya.

Menurut Ramli, ia penting bagi memastikan derma yang dikumpul disalurkan secara sah kepada penerima sepatutnya.

Pada 24 Oktober lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan sedang menyiasat sebuah badan bukan kerajaan yang mengutip derma untuk rakyat Palestin. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Pengendali Pakej Umrah, Pengarah Didakwa Gagal Patuhi Perintah Award TTPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan