web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fenomena ‘Bulan Berdarah’ Muncul Di Langit Malaysia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 8:19AM

Gerhana bulan penuh atau ‘Super Flower Blood Moon’ yang diliputi awam dirakam di Kampung Seberang Takir ketika tinjauan malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan, orang ramai terutama peminat astronomi tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena alam yang jarang berlaku iaitu gerhana bulan penuh ‘Super Flower Blood Moon’ yang muncul malam tadi.

Cuma kali ini, orang ramai menonton fenomena itu secara langsung melalui laman YouTube dan Facebook milik Planetarium Negara memandangkan kemudahan teleskop di Planetarium Negara di sini tidak dibuka susulan PKP.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pencerapan Planet Planetarium Negara Mohd Zamri Shah Mastor berkata kali terakhir kejadian bulan purnama seperti itu berlaku ialah kira-kira 18 tahun lepas iaitu pada 2003.

Beliau berkata gerhana bulan itu dipanggil ‘Super Flower Blood Moon’ bersempena tiga fenomena yang berlaku dalam satu masa yang menyaksikan ‘Super Moon’ kerana bulan kelihatan lebih besar sedikit iaitu kira-kira tujuh peratus berbanding saiz bulan purnama lain kerana berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi.

Katanya fenomena kedua ialah ‘Flower Moon’ kerana berlaku pada musim bunga dan ‘Blood Moon’ pula kerana warna bulan bertukar kemerah-merahan seolah-olah bulan berdarah.

“Fenomena gerhana bulan penuh ini menyebabkan bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 15 minit pada fasa gerhana penuh... ‘Blood Moon’ hanya berlaku pada 7.11 malam hingga 7.26 malam.

“Bagaimanapun, ‘Super Moon’ dan ‘Flower Moon’ pula dapat dilihat sepanjang malam sehingga Subuh,” katanya ketika siaran langsung itu.

Sementara itu, pencerapan gerhana bulan secara langsung menyaksikan ‘pembentukan’ fenomena yang berlaku bermula 4.47 petang hingga 9.49 malam itu dibuat di Tanjung Labian, Lahad Datu, Sabah dan Balai Cerap Planetarium Negara.

Penduduk Sabah dan Sarawak dapat menyaksikan fenomena itu ketika ia mencapai fasa gerhana separa bermula pada kira-kira 7 malam manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung terutama Kuala Lumpur, fenomena tersebut hanya sepatutnya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum iaitu pada 7.15 malam.

Bagaimanapun, hujan lebat dan awan tebal di Kuala Lumpur menyebabkan fenomena ‘bulan berdarah’ yang tamat pada 7.26 malam itu tidak dapat dilihat di langit ibu kota.

Fenomena gerhana itu berlaku selepas beberapa jam bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi yang berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris serta keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di laman sesawangnya menyatakan solat sunat dan khutbah gerhana dijalankan mengikut prosedur operasi standard di seluruh masjid dan surau di Kuala Lumpur selepas solat maghrib. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Banjir: Hanya 2 PPS Beroperasi Di 2 Negeri Malam Tadi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Banjir di Kelantan, Terengganu Makin Pulih, Jumlah Mangsa Terus Berkurangan

3

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: PAS Guna Simbol ‘Bulan’ Di Kelantan, Terengganu, Kedah

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ditapis Sebanyak  9 Kali, Punca Inai Neelofa Berwarna Gelap

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad