Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5.5 Juta Penerima STR Terima Bayaran Mulai 7 November

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2023 10:40PM

Bayaran akhir STR bagi tahun ini akan disalurkan secara berperingkat sebelum perayaan Deepavali - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih lima juta penerima akan menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa empat 2023 bermula 7 November ini.

Jurucakap Kementerian Kewangan berkata, bayaran berkenaan melibatkan sejumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada 5.5 juta penerima. 

Menurut beliau, ia turut mencakupi bayaran untuk Rayuan STR 2023. 

“Kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023, yang memanfaatkan hampir 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.

“Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat untuk STR 2024 dibuka sepanjang tahun mulai hari ini, berbanding sekali setahun sebelum ini,” katanya.

Jelas jurucakap itu, bayaran akhir STR bagi tahun ini akan disalurkan secara berperingkat sebelum perayaan Deepavali.

“Daripada 5.5 juta penerima, 5.22 juta bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.

“Turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 adalah lebih 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023. Mereka akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing,” katanya.

Beliau memberitahu, pembayaran ini merupakan baki nilai akhir yang sepatutnya diterima tahun ini.

“Untuk 2023, proses permohonan STR hanya dibuat setahun sekali. Sebagai penambahbaikan pada STR 2024, kerajaan akan mengambil pendekatan berbeza bagi memastikan tiada golongan yang tercicir. 

“Mulai hari ini, individu yang layak boleh membuat permohonan baharu dan mengemas kini maklumat mereka untuk STR 2024 sepanjang tahun,” katanya.

Langkah tersebut katanya, bagi membolehkan mereka yang layak namun tiada dalam pangkalan data kerajaan mengemukakan permohonan masing-masing selain membenarkan penerima sedia ada membuat pengemaskinian sekiranya mempunyai perubahan maklumat.

“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, data penerima STR sedia ada akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan. 

“Data tersebut akan disemak silang dengan data daripada beberapa agensi Kerajaan bagi memastikan kelayakan untuk STR 2024 mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya.

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut. 

Semakan status pembayaran dan kelulusan Rayuan STR boleh dibuat melalui pautan yang sama. - Getaran, 1 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayaran Fi Pemandu Tidak Guna Wang MITRA - Aaron

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Pemberian STR Mulai Hari Ini, Bantu Persiapan Aidiladha

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Skim Perubatan MADANI Ringankan Beban Rawatan Kesihatan Golongan B40

4

Semasa 10 bulan yang lalu

PM Dijangka Umum Hal Semasa Ekonomi Negara Esok - Ahmad

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Politik 1 hari yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

Semasa 10 jam yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM