web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemberian STR Mulai Hari Ini, Bantu Persiapan Aidiladha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 8:20PM

Menurut data Kementerian Kewangan (MOF) lebih lapan juta golongan B40 bakal menerima STR fasa tiga yang disalurkan secara berperingkat dan penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 mengikut kelayakan masing-masing - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Rata-rata rakyat Malaysia daripada golongan B40 meluahkan rasa syukur dan lega apabila bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa tiga yang membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion telah mula disalurkan hari ini kepada individu yang layak.  

Pemberian itu telah dipercepatkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengambil kira sambutan Hari Raya Aidiladha Khamis ini berbanding perancangan awal pada Julai. 

Menurut data Kementerian Kewangan (MOF) lebih lapan juta golongan B40 bakal menerima STR fasa tiga yang disalurkan secara berperingkat dan penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 mengikut kelayakan masing-masing.

Suri rumah Nordina Mariana Ismail, 32, yang menetap di Petaling Jaya berkata pihaknya berasa lega apabila pemberian STR itu diawalkan kerana wang tunai berkenaan akan digunakan sebagai tambang untuk pulang ke Kelantan bagi menyambut Aidiladha.

"Alhamdulillah, pagi tadi ada semak dalam sistem tertera permohonan telah lulus dengan bantuan keseluruhan sebanyak RM2,000 dan kali ini pada Fasa 3 akan terima RM600, cuma setakat ini masih belum masuk ke dalam akaun sahaja.

"Dengan wang ini boleh balik kampung di Kelantan dengan anggaran kos minyak dan tol sebanyak RM400 dan selebihnya untuk beli barangan keperluan dapur bagi persiapan hari raya nanti," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, pembuat kuih kecil-kecilan Masniza Karia, 41, berkata wang tunai yang diterima itu akan dijadikan modal untuk membeli barangan keperluan berniaga dan perbelanjaan anak-anaknya yang masih bersekolah.

"Walaupun ramai kawan-kawan yang menggunakan sumbangan itu untuk persiapan hari raya, tetapi tidak bagi saya kerana sambutan Hari Raya Aidiladha tidaklah disambut meriah seperti Hari Raya Aidilfitri dan hanya diraikan secara sederhana sahaja.

"Wang ini lebih dimanfaatkan untuk modal berniaga dan pengurusan sekolah serta barangan dapur untuk dua atau tiga bulan ini," katanya yang menerima bantuan sebanyak RM600.

Penerima yang mempunyai akaun bank, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank hari ini hingga 5 Julai manakala penerima yang tiada akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, kaedah bayaran adalah secara pembayaran tunai menerusi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) juga mulai hari ini (26 Jun).

Pada 22 Jun lepas MOF memaklumkan STR fasa pertama dan kedua telah disalurkan, masing-masing pada Januari dan April lepas.

Ketiga-tiga fasa STR itu melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion dan pembayaran fasa keempat STR dijangka pada November ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5.5 Juta Penerima STR Terima Bayaran Mulai 7 November

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad