web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukan Hassan Yang Muat Naik Video Saifuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 5:28PM

Hantaran oleh pihak pengurusan laman Facebook Ahli Parlimen Baling.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Selepas 'terlajak' memuat naik klip video berkaitan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan kapsyen tidak sepatutnya, 'pihak pengurusan' laman Facebook Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad hari ini tampil memohon maaf terhadap kekhilafan yang berlaku. 

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik melalui akaun itu, pihak pengurusan tersebut memaklumkan bahawa ia bukanlah dilakukan oleh Ahli Parlimen Baling itu sendiri, sebaliknya dimuat naik seorang daripada admin (pentadbir) bertugas. 

"Assalamualaikum, mengambil maklum satu posting video di Facebook ini pada petang semalam telah menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak. 

“Justeru pihak pengurusan ingin memohon maaf di atas kekhilafan yang berlaku dan akan memastikan perkara sebegini tidak berulang,” katanya. 

Susulan hantaran itu juga pengurusan Facebook Ahli Parlimen Baling akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap admin berkenaan.
 
Katanya, individu terbabit juga sudah tidak dibenarkan membuat sebarang hantaran sejak jam 7 petang semalam. 

"Sekali lagi kami pihak pengurusan memohon maaf atas apa yang telah berlaku," katanya.
 
Laman Facebook itu sebelum ini memuat naik satu klip video yang tersebar di media sosial, memaparkan Saifuddin sedang mendaftarkan perkahwinan sivil pasangan bukan Islam di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya bersempena Majlis Sambutan Jubli Intan JPN, semalam. 

Klip video itu dipaparkan bersama kapsyen berbunyi Sejak bila Pudin jadi jurunikah untuk pasangan bukan Islam? Nauzu billahi min zalik. 

Laman Facebook itu menutup ruangan komen bagi posting permohonan maaf berkenaan, namun setakat jam 2 petang ini, posting itu menerima 945 emoji ketawa, 153 emoji suka dan 31 emoji marah daripada pengguna-pengguna Facebook lain. 

Menerusi kenyataan dikeluarkan semalam, JPN menegaskan proses pendaftaran perkahwinan sivil tidak dipengaruhi, tidak melibatkan, tidak menyerupai, malah tidak melambangkan mana-mana ritual keagamaan atau adat sesuatu kaum.

Menurut JPN, sesi pendaftaran perkahwinan yang dijalankan di jabatan itu adalah berlandaskan undang-undang sivil di bawah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164].

Berdasarkan akta itu, Menteri Dalam Negeri (MDN) adalah menteri bertanggungjawab bagi pendaftaran perkahwinan sivil yang membolehkan beliau melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.

JPN menjelaskan, lafaz ikrar yang dituturkan oleh pendaftar adalah perkataan yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta 164 yang berbentuk keterangan sifat perkahwinan sivil semata-mata dan ia juga adalah persetujuan serta kesanggupan pasangan menerima perkahwinan tersebut dengan rela hati, tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh menempelak tindakan pengurusan Facebook Hassan dalam hal tersebut. 

"Tuduh dulu, kalau tak betul 'admin' kan ada untuk dipersalahkan. Senang betul buat kerja," katanya yang turut memuat naik tangkap layar permohonan maaf dibuat pengurusan Facebook Hassan itu. - Getaran, 26 Oktober 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad