web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konflik Palestin-Israel - Pasukan Malbatt 850-10 Di Lubnan Selamat - Panglima ATM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 2:23PM

Anggota Malbatt di Lubnan disahkan selamat. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan MALBATT 850-10 yang terlibat misi pengaman di Lubnan disahkan selamat, walaupun keadaan tegang di sempadan negara itu susulan konflik Palestin-Israel.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, penugasan pasukan MALBATT 850-10 ketika ini berjalan seperti biasa.

“Alhamdulillah, walaupun keadaan agak tegang di sana (Lubnan) mereka berada dalam keadaan baik dan sihat,” katanya dalam sidang media pada Perbarisan Perintah Ulung Panglima ATM ke-22 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status keselamatan pasukan MALBATT 850-10 yang terlibat misi pengaman di Lubnan.

Media antarabangsa melaporkan pertempuran membabitkan kumpulan Hezbollah di selatan Lubnan yang bersempadan dengan Israel kian memuncak, di sebalik konflik Palestin-Israel.  

Mohammad berkata, apabila pasukan MALBATT 850-10 dihantar ke Lubnan, segala pengarahan dan penugasan mereka adalah tertakluk kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan buat masa ini mereka kekal di negara berkenaan sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan.

“Mereka (PBB) akan mengeluarkan arahan sama ada MALBATT tetap di sana (Lubnan) atau kita berundur dan sebagainya.

“Doakan supaya tidak ada apa-apa kemalangan atau kecelakaan yang menimpa ke atas pegawai dan anggota-anggota MALBATT 850-10,” katanya.

Mohammad berkata, sekiranya PBB mengarahkan MALBATT 850-10 berundur, maka pasukan berkenaan sudah membuat persediaan pada sebilang masa untuk diatur gerak ke sebarang penugasan.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kisah Truper Indiran Inspirasi Semangat Patriotisme Rentas Kaum

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Malek Razak Dilantik PAT Baharu

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad