web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Penuntut Dipercayai Alami Strok Haba Di PULADA, Stabil

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 3:55PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua pegawai muda yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami strok haba ketika menjalani kursus tempur, di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, baru-baru ini, kini berada dalam keadaan stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, selain dua mangsa tersebut, kesemuanya yang lain sudah dibenarkan keluar daripada hospital dan pulang ke rumah masing-masing.

“(Dalam kejadian itu) seorang mangsa meninggal dunia, manakala sebahagian sudah dibenarkan balik. Dua lagi yang dirawat di ICU, kini dalam keadaan stabil dan semakin pulih,” katanya kepada pemberita selepas Program Jualan Rahmah di pekarangan parkir kereta Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini kesemua mereka yang mengalami strok haba ketika menjalani kursus tempur pegawai muda di PULADA, Jumaat lalu.

Ling menambah Kementerian Pertahanan memiliki panduan dan prosedur operasi standard ketika mengadakan latihan ketika cuaca panas.

“Bagaimanapun sekiranya memerlukan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka boleh mendapatkannya,” katanya.

Minggu lalu, media melaporkan 10 penuntut yang menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar PULADA, dipercayai mengalami simptom strok haba pada 13 Oktober.

Tiga daripada peserta berkenaan dirujuk ke HSI kerana memerlukan rawatan rapi, manakala tujuh peserta dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Bagaimanapun, salah seorang daripada pegawai muda tersebut iaitu Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar, meninggal dunia pada 14 Oktober lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

4

Semasa 2 tahun yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad