Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengapungan Harga Ayam, Telur Pastikan Warga Asing, Golongan 'Maha Kaya' Tidak Nikmati Subsidi

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Oct 2023 11:58AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan membuat pengapungan harga ayam dan telur di pasaran antara lain bagi memastikan manfaat subsidi yang diberikan sebelum ini hanya dinikmati rakyat yang berhak, bukannya warga asing dan golongan maha kaya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini memandangkan sejak 2022, kerajaan sudah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion bagi menampung kos ayam dan telur.

Langkah itu turut membolehkan 3.5 juta warga asing menikmati subsidi berkenaan, selain 10 peratus golongan ‘maha kaya’ dalam negara.

“Melihat keadaan harga pasaran sekarang, bila harga itu kurang daripada harga siling seperti sekarang dan harga ayam dan telur di Thailand lebih rendah daripada Malaysia, maka tiba masanya kita apungkan.

“Kalau benar ada kekurangan kita akan cambahkan daripada stok, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempunyai 30 peratus stok ayam serta telur dan saya telah beritahu menteri untuk membeli dari Thailand andai kata ada keperluan,” kata beliau pada sesi Waktu-waktu Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jaminan kerajaan bahawa langkah mengapungkan harga ayam dan telur tidak akan membebankan rakyat yang sedang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat lalu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan mempertimbang harga ayam dan telur di pasaran diapungkan berdasar harga yang lebih rendah daripada harga apungan pasaran.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah pengapungan berkenaan dibuat selepas kerajaan mendapati bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil.

Dalam jawapan beliau hari ini, Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan banyak perkara menerusi perbincangan pelbagai kementerian, seperti jumlah subsidi yang boleh dijimatkan dan keupayaan Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Bagaimanapun kata beliau, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengumumkan tarikh dan perincian pelaksanaan pengapungan harga ayam dan telur dalam masa terdekat.

Menjawab soalan tambahan Rosol mengenai kesan langkah tersebut kepada Indeks Harga Pengguna, Anwar berkata, setakat ini harga pasaran untuk ayam dan telur temasuk pasar borong masih dikira rendah.

Kepada soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas),  Anwar berkata, antara faktor syarikat tempatan dan luar negara termasuk dari Thailand tidak bersedia melabur dalam industri ayam dan telur di negara ini adalah disebabkan campur tangan kerajaan dalam menentukan harga kedua-dua makanan itu.

“Campur tangan kerajaan dari segi harga menyebabkan mereka tidak bersedia, jadi sekarang ini kalau serah kepada pasaran (pengapungan harga) dan kalau rakyat susah, kita beri suntikan asing itu saya ingat ia akan beri ruang kepada syarikat untuk melabur. 

“Kita harus jaga perimbangan ini, kalau terus dengan dasar sekarang, sudah berapa tahun ini tidak ada pelaburan baharu. Dia (pelabur) kata kita tidak boleh melabur kerana tidak tahu harga sejauh mana kerajaan boleh campur, oleh itu kerajaan buat sedikit penyesuaian pendekatan (pengapungan),” kata beliau.

Mengenai kebimbangan kenaikan harga ayam dan telur, Anwar berkata masalah itu boleh dikurangkan menerusi pelbagai kaedah, antaranya pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR). 

“Itu sebabnya mengapa saya tingkatkan jumlah STR daripada RM8 bilion hingga RM10 bilion (Belanjawan 2024) mengambil kira kepayahan dan ksempitan hidup rakyat.

“Jadi tidak benar kalau kerajaan tidak pedulikan (kesusahan rakyat), dalam keadaan kekangan kewangan yang ada sekarang, kerajaan tambah besar (peruntukan) dan jimatkan perbelanjaan untuk tambah peruntukan itu kepada rakyat,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

Semasa 5 hari yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Politik 4 jam yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara