web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lesen Penerbangan MYAirline Digantung Sementara - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 1:07PM

Tindakan MYAirline menghentikan operasi menyebabkan ribuan penumpang terkandas di Terminal 2, KLIA. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lesen penerbangan syarikat MYAirline akan digantung buat sementara waktu, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke berkata, beliau difahamkan syarikat penerbangan tambang rendah itu masih wujud dan memberhentikan operasi sementara mencari pelabur.

“Itu isu komersial mereka, di pihak berkuasa kita akan menggantung lesen mereka sementara waktu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lori terminal elektrik pertama Malaysia kepada Unilever Malaysia di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini. 

MYAirline Sdn Bhd menggantung operasinya berkuat kuasa 12 Oktober lalu sehingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara.

Loke berkata pada masa ini, keutamaan adalah untuk memastikan hak pengguna terpelihara dengan mendapatkan semula ganti rugi, selain isu kebajikan 500 pekerja syarikat penerbangan itu.

"Pihak syarikat diingatkan mereka ada dua tanggungjawab dalam aspek ini iaitu pelanggan dan pekerja. Ini mesti dijaga terlebih dahulu," katanya.

Loke berkata beliau difahamkan syarikat MYAirline akan mengadakan satu sidang media khas hari ini bagi memberi penjelasan kepada pelanggan dan staf mereka. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

MYAirline Terima Pelaburan Dari Timur Tengah - Sumber

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Struktur Cukai Jalan EV Diumumkan Bulan Depan - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Perkhidmatan Udara MYAirline Digantung Serta Merta - MAVCOM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MYAirline Diarah Beri Penjelasan Bertulis - MAVCOM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad