web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MYAirline Diarah Beri Penjelasan Bertulis - MAVCOM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 6:56PM

MYAirline Sdn Bhd mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa 12 Oktober lalu berikutan masalah kewangan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sudah membuka siasatan terhadap MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada MYAirline pada 13 Oktober 2023, berikutan pengumuman penangguhan operasi syarikat penerbangan tersebut pada 12 Oktober 2023.

MAVCOM berkata, surat tunjuk sebab tersebut menyatakan kegagalan MYAirline untuk memenuhi syarat-syarat Lesen Perkhidmatan Udara (ASL), termasuk pembayaran gaji dan faedah pekerja yang masih belum dijelaskan.

“MYAirline telah diarahkan untuk mengemukakan penjelasan bertulis sebelum 27 Oktober 2023.

"Selepas menerima penjelasan bertulis MYAirline, MAVCOM akan menilai sama ada MYAirline layak untuk kekal sebagai pemegang ASL atau ASL MYAirline harus digantung atau dibatalkan menurut seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771]," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

MAVCOM berkata, ia akan mengumumkan perkembangan terbaharu berkaitan dengan siasatan tersebut minggu depan dan sedang melakukan penyiasatan terhadap MYAirline, sekiranya ia melanggar syarat-syarat ASL yang lain.

“Mengenai bayaran balik kepada pengguna yang terjejas, MAVCOM sudah berhubung dengan pelbagai agensi termasuk pihak Bank Negara Malaysia untuk mencari pelbagai kaedah mendapatkan bayaran balik tersebut. MAVCOM akan membuat pengumuman mengenainya kelak,” katanya.

Sementara itu, MAVCOM sudah menubuhkan pasukan petugas yang terdiri daripada seorang Ahli Suruhanjaya, Anggota-anggota Jawatankuasa Perundangan, Jawatankuasa Pengawalseliaan dan Penyelesaian Pertikaian serta Jawatankuasa Perlindungan Pengguna.

Pasukan petugas berkenaan diberi mandat untuk menyiasat perkara berkaitan pembayaran balik kepada penumpang terjejas dan memberi cadangan mengenai langkah seterusnya.

Walaupun rangka kerja kelulusan pelesenan sedia ada yang terpakai kepada semua pemegang lesen baharu dan sedia ada adalah komprehensif, pasukan petugas itu akan turut menyemak semula rangka tersebut bagi sebarang penambahbaikan.

MYAirline Sdn Bhd mengumumkan bahawa ia menggantung operasinya berkuat kuasa 12 Oktober berikutan tekanan kewangan yang ketara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

MYAirline Terima Pelaburan Dari Timur Tengah - Sumber

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Perkhidmatan Udara MYAirline Digantung Serta Merta - MAVCOM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Penerbangan MYAirline Digantung Sementara - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

'Sedang Pertimbang Semua Langkah Untuk Beroperasi Semula' - MYAirline

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam