web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Sedang Pertimbang Semua Langkah Untuk Beroperasi Semula' - MYAirline

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 7:54PM

Syarikat penerbangan tambang murah MYAirline Sdn Bhd dalam satu kenyataan awal pagi ini memaklumkan penggantungan operasi berkuat kuasa hari ini hingga diberitahu kelak. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) yang bertindak menggantung operasinya berkuatkuasa hari ini, sedang 'meninjau semua langkah untuk membolehkannya kembali beroperasi dan menyambung semula khidmat penerbangan'.

Sehubungan itu, dalam kenyataannya petang ini, MYAirline menjelaskan akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perkembangan terkini.

“Kami dengan hormatnya meminta semua pihak berkepentingan untuk bersabar ketika kami terus meneliti semua pilihan yang ada.

“(Pada masa sama) kami juga sedia maklum terhadap rasa marah dan kekecewaan para pelanggan serta pihak terjejas dan MYAirline mengakui bertanggungjawab di atas kekalutan susulan notis serta-merta kami," katanya.

Syarikat penerbangan itu berkata, barisan Lembaga Pengarah dan kesemua pasukannya juga dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada semua penumpang, Kementerian Pengangkutan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), pihak lapangan terbang Thailand, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Pihak Berkuasa Penerbangan Thailand serta semua pihak yang terjejas susulan perkembangan itu.

“Berikutan kekangan kewangan ketara yang dihadapi sekarang, kami juga tidak dapat menawarkan sebarang khidmat kepada penumpang yang terjejas di lapangan terbang.

“Pada kesempatan ini juga, kami ingin berterima kasih kepada (syarikat penerbangan) AirAsia, Batik Air dan Malaysian Airlines Group serta MAHB di atas bantuan kepada penumpang terjejas pada masa ini,” katanya.

Terdahulu pada pagi ini, MYAirline Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan mengenai tindakannya yang terpaksa mengambil 'keputusan amat sukar' akibat tekanan kewangan yang ketara dan menggantung operasinya, sementara menunggu penstrukturan dan permodalan semula syarikat penerbangan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

MYAirline Terima Pelaburan Dari Timur Tengah - Sumber

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Perkhidmatan Udara MYAirline Digantung Serta Merta - MAVCOM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MYAirline Diarah Beri Penjelasan Bertulis - MAVCOM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Penerbangan MYAirline Digantung Sementara - Menteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad