web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Struktur Cukai Jalan EV Diumumkan Bulan Depan - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 8:10PM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Kerajaan akan mengumumkan struktur cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih kompetitif bulan depan sebagai usaha menggalakkan penggunaan kenderaan itu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Rel Antarabangsa di sini hari ini, Loke berkata, struktur cukai jalan itu hanya akan terpakai selepas 2025 iaitu selepas berakhirnya tempoh pengecualian cukai jalan kepada kenderaan EV.

Loke berkata, kerajaan maklum keresahan pemilik kenderaan EV yang bimbang dikenakan cukai jalan lebih tinggi selepas tamat tempoh pengecualian itu dan kementeriannya sudah membentangkan struktur cukai jalan yang lebih kompetitif kepada Pasukan Petugas Khas EV.

"Penggalakan itu diperlukan supaya orang ramai mula menerima penggunaan EV dan ekosistem itu perlu dilaksanakan dan dibangunkan termasuklah sistem pengecasan dan sebagainya dan memang itu antara perkara yang kita sedang ambil tindakan sebagai pendekatan menyeluruh kerajaan," katanya.

Pada 15 Februari 2022, Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan menawarkan pemberian insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM sepenuhnya untuk kenderaan EV bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025.

Pengecualian itu diberikan kepada kenderaan EV yang menggunakan bateri atau sel bahan api dan tidak terpakai untuk kenderaan hibrid yang masih mempunyai enjin pembakaran dalaman petrol atau diesel.

Terdahulu dalam ucapannya, Loke berkata, kerajaan menyasarkan penglibatan pemain industri rel tempatan secara aktif dalam program penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi membolehkan pelanjutan jangka hayat pengoperasian aset rel daripada 10 hingga 20 tahun kepada 30 hingga 40 tahun.

"Justeru meletakkan Malaysia sebagai hab MRO rel serantau, memupuk pengekalan bakat dan merangsang ekonomi," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Politik 1 bulan yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

3

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad