web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Akibat Serangan Jantung, Bukan Varian Baharu COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 8:24AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang videonya tular di media sosial sejak semalam kononnya kematiannya itu berkaitan varian baharu COVID-19, disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata bedah siasat ke atas lelaki berusia 40an itu telah dijalankan di Hospital Kulai, kira-kira pukul 9.00 pagi, Jumaat lepas setelah keputusan ujian saringan mendapati dia negatif COVID-19. 

Beliau berkata keputusan bedah siasat tidak menemukan sebarang kecederaan fizikal terhadapnya dan pegawai perubatan mengesahkan punca kematiannya akibat ateroma koronari atau serangan jantung.

Katanya sehubungan itu, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis mengingatkan masyarakat supaya berhati-hati dalam menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya supaya tidak menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

“Polis menerima maklumat mengenai perkara itu pada kira-kira pukul 4.20 petang, Khamis lepas apabila orang awam memaklumkan terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri di dalam kereta di kawasan tempat letak kenderaan di Kawasan Perindustrian Senai II, di Kulai.

“Susulan maklumat itu polis dan petugas hospital telah bergegas ke tempat kejadian, namun lelaki itu didapati telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tok, siasatan awal turut mendapati cermin kereta itu di bahagian belakang kanan dipecahkan orang awam yang cuba memberikan bantuan selepas menyedari dia tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu.

Sejak semalam, tular dalam laman media sosial sebuah video berdurasi 32 saat menunjukkan beberapa individu berpakaian lengkap alat perlindungan peribadi (PPE) sedang berusaha menguruskan seorang individu terbaring di tepi jalan berdekatan tempat meletak kenderaan.

Maklumat yang dikongsi bersama video terbabit mendakwa mangsa positif varian baharu COVID-19.

Terdahulu, perkara itu dinafikan Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu, yang turut mengesahkan tiada kes membabitkan varian baharu COVID-19 dikesan di Johor setakat ini. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar