web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FAMA Sasar Edar 2,000 Tan Metrik Beras Putih Tempatan Setiap Bulan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 1:17PM

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Aminuddin Zulkipli melayan orang ramai selepas melancarkan program Go Cashless @ Outlet FAMA di Agrobazaar Mat Frozen, Teluk Intan hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan untuk mengedar 2,000 tan metrik beras putih tempatan (BPT) setiap bulan di seluruh negara.

Pengerusinya, Aminuddin Zulkipli berkata, pengedaran dilaksanakan di 35 pusat operasi FAMA, selain 416 outlet usahawan bimbingan FAMA, 102 lokasi Jualan Agro MADANI dan 726 kedai runcit terpilih.

"Sehingga kini, sejumlah 1,321.6 tan metrik BPT bernilai RM3.37 juta dan 132,160 kampit BPT seberat 10 kilogram diedarkan di seluruh negara.

"Kita berjaya laksanakan (pengedaran) BPT ini hingga 90 peratus di seluruh negara dan ia tertakluk kepada bekalan stok yang ada, setakat ini kita tidak ada masalah dengan pembekal," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Go Cashless di Agrobazaar Rakyat Mat Frozen di Kampung Padang Tembak di sini, hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu semasa sesi penerangan di Dewan Rakyat, Isnin lalu berkata, FAMA dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sudah diarahkan untuk meningkatkan pengedaran BPT ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar termasuk kedai runcit.

Mohamad berkata, memandangkan margin jualan BPT hanya dikenakan sebanyak 50 sen bagi kampit 10 kilogram (kg) di peringkat runcit, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan kos pengangkutan kepada pihak FAMA dan LPP bagi pengedaran BPT.

Dalam perkembangan lain,  Aminuddin berkata, sebanyak 131 siri kempen pendigitalan pembayaran tanpa tunai fasa pertama sudah dilaksanakan di seluruh negara membabitkan 3,692 usahawan FAMA sejak September tahun lalu hingga Julai tahun ini.

Beliau berkata, kempen pendigitalan fasa dua pula yang bermula sejak September lalu membabitkan 14 outlet Agrobazaar Rakyat di seluruh negara dan empat Pasar Tani Kekal (PTK) iaitu di Johor dan Kedah dengan melibatkan 220 usahawan.

Menurut Aminuddin, pihaknya menyasarkan 515 outlet Agrobazaar Rakyat dan 28 PTK seluruh negara akan melaksanakan kempen pendigitalan tersebut menjelang akhir tahun ini.

"Usahawan yang menyertai program ini akan dibekalkan beberapa bentuk bahan promosi program bagi menarik perhatian pengunjung menggunakan kaedah e-pembayaran seperti gegantung dan papan tanda. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM, NACCOL Ada Hingga 20 Mac Untuk Muktamad Harga Beras - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kartel Atau Mafia Tentukan Harga Padi, Beras Dan Benih - KPKM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan