web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serangan Israel: Lebih 40,000 Rakyat Palestin Hilang Tempat Tinggal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2023 2:43PM

Ramai rakyat Palestin terpaksa berpindah kerana kediaman mereka tidak lagi selamat untuk didiami, akibat serangan berterusan Israel - gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seramai lebih 40,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza hilang tempat tinggal dan telah berpindah akibat serangan berterusan tentera Israel sejak Sabtu.

Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad Shehada berkata menurut Kementerian Pembangunan Sosial Palestin, kesemua mereka telah meninggalkan kediaman dan cuba mencari perlindungan termasuk di sekolah-sekolah.

"Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain, bergantung kepada sejauh mana tempat tersebut berbahaya. Mereka sangat memerlukan tilam, selimut, bantal dan keperluan lain yang mendesak. 

"Bekalan elektrik di (Semenanjung) Gaza juga telah dipotong dan kami hanya boleh mendapatkan elektrik cuma empat jam sehari. Internet juga sangat lemah dan tidak tersedia. 

"Rangkaian (bekalan) air dan kumbahan telah musnah di beberapa kawasan. Ramai orang juga pergi ke kedai untuk mendapatkan (bekalan) makanan yang mereka perlukan kerana percaya ini adalah peperangan yang panjang dan (buat masa ini) banyak barangan sudah habis," katanya dalam hantaran video berbahasa Melayu berdurasi empat minit lebih, di sini, hari ini.

Ziad, yang pernah belajar di Malaysia, berkata dia dan keluarga berserta dua keluarga adik-beradiknya juga telah berpindah ke tempat baharu.

"Kami juga cuba membantu di hospital tetapi kami tidak dapat melakukannya kerana serangan berterusan. Kami juga cuba keluar untuk membantu mereka yang cedera," katanya lagi.

Katanya, serangan sejak 33 jam yang lalu (ketika rakaman video) turut memberi tekanan emosi yang berat kepada kanak-kanak.

"Hampir setiap minit kami mendengar letupan besar sejak permulaan pertempuran. Kami tidak tidur dengan lena sehingga sekarang. (Kedengaran) anak-anak menjerit dan menangis setiap kali berlaku letupan. 

"Mereka benar-benar memerlukan rawatan psikologi selepas serangan untuk merawat ketakutan mereka, contohnya anak saya Abdullah, memegang tangan saya sepanjang malam dan gementar setiap kali berlaku letupan," katanya. 

Katanya, memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, jumlah penduduk yang terkorban adalah seramai 330 orang manakala lebih 2,000 orang cedera, serta difahamkan masih ramai terperangkap di bawah runtuhan bangunan susulan serangan pihak Zionis itu.

Terbaharu, dalam hantaran di Facebook hari ini, Ziad berkata seorang rakyat Palestin Dr Mohamad J Alzaneen yang baharu sahaja menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Negeri Sembilan dan pulang ke Semenanjung Gaza beberapa minggu lepas, terbunuh bersama 20 ahli keluarganya termasuk isteri dan anak-anaknya, selepas kediaman mereka dibom. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad