web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Sorok Beras? Kamu Akan Diheret Ke Mahkamah!' - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2023 8:59AM

Anwar Ibrahim - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.

Perdana Menteri berkata beliau sudah memberikan arahan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu supaya memastikan pihak penguatkuasaan kementerian memantau perkara berkenaan dan mengambil tindakan kepada pesalah.

“Memang beras ini dikeluhkan rakyat, harga beras di Indonesia pun Presiden Jokowi beritahu sudah dinaikkan kerana 18 negara yang selalu membekalkan beras ini telah halang, henti atau kurangkan eksport beras mereka, jadi di sini ada isu permintaan dan penawaran.

Kemudian ada pula pihak yang sorok, simpan beras ini, kalau ada yang berani buat perangai buruk ini di saat orang susah nak dapatkan bekalan beras, kamu jaga, kami akan cari dan saman dan bawa kamu ke mahkamah,” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata demikian dalam ucapannya pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI di Dataran Simpang Pelangai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, di sini malam tadi.

Anwar Ibrahim (kiri) bersama Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan) - gambar BERNAMA
Anwar Ibrahim (kiri) bersama Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan) - gambar BERNAMA

Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN bagi PRK DUN Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Perdana Menteri bersetuju empat langkah intervensi tambahan dilaksanakan bagi menangani isu bekalan beras dalam negara antaranya melancarkan Task Force Khas Bersepadu Penguatkuasaan Operasi Beras Putih (OP BPT).

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan sentiasa mencuba untuk menyelesaikan isu beras namun pada masa sama mengakui ia memerlukan sedikit masa.

“Kita cuba, tapi apakah boleh selesai 100 peratus? Tidak, beras ini isu, masalah berat, jadi saya kata beri seminggu tengok keadaan dia, kalau tak selesai lagi, kita bincang semula sebelum pembentangan Bajet  2024 pada 13 Oktober ini.

Sebab itu kita usaha, untuk beras kita tambah subsidi itu sejumlah hampir RM400 juta untuk beberapa bulan ini sahaja, (isu beras) bukan Semenanjung sahaja termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ketika berucap pada Karnival Segalanya Felda di Dataran Niaga Felda Chemomoi di sini semalam, Anwar berkata kerajaan memutuskan untuk menyalurkan subsidi berjumlah hampir RM400 juta bagi premis kerajaan seperti kem tentera, polis dan asrama sekolah menggunakan beras import sebagai langkah meningkatkan beras putih tempatan dalam pasaran. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad