web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi Khas Motosikal: JPJ Negeri Sembilan Keluarkan 8,123 Notis Saman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 12:19PM

Operasi Khas Motosikal yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan. gambar JPJ Negeri Sembilan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan 8,123 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula 1 September lalu, membabitkan pemeriksaan ke atas 28,586 kenderaan. 

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan memandu di bawah umur 16 tahun, selain 827 motosikal disita.

"Kesalahan memandu di bawah umur 16 tahun sebanyak 40 kes. Ibu bapa dinasihatkan mengambil perhatian berhubung perkara ini berikutan mereka belum layak menunggang motosikal di atas jalan raya kerana boleh membahayakan diri sendiri dan juga pengguna lain.

“Turut disita adalah motosikal ditunggang warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah iaitu sebanyak 126 buah. Selain itu, penunggang yang berusia antara 17 hingga 35 tahun (5,013) adalah paling banyak melakukan kesalahan,” menurut kenyataan itu.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya memastikan dokumen penting seperti lesen memandu dan LKM masih berkuat kuasa sebelum memulakan perjalanan, selain aspek teknikal kenderaan dalam keadaan baik serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Kenyataan itu menyebut bahawa JPJ Negeri Sembilan sentiasa memandang serius kesalahan yang membabitkan penunggang motosikal dan akan melaksanakan advokasi berterusan bagi memberi kesedaran berkaitan keselamatan ketika di jalan raya.

“Tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan sebagai pengajaran supaya mereka tidak melakukan kesalahan secara berterusan,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad