web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Kedah Menurun Kepada 1,383 Orang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2023 9:19AM

Jambatan Bailey ditutup kepada kenderaan berat berikutan hakisan tebing susulan hujan lebat di Kampung Iboi, baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 1,383 orang daripada 420 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 1,550 orang daripada 468 keluarga, 8 malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa itu ditempatkan di 12 PPS di empat daerah terjejas iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Baling.

Menurutnya, daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 671 mangsa daripada 236 keluarga yang ditempatkan di lima PPS, diikuti Baling dengan 458 mangsa daripada 127 keluarga yang dipindahkan ke empat PPS.

"Daerah Kubang Pasu pula mencatatkan 53 mangsa daripada sembilan keluarga yang masih berada di sebuah PPS, manakala di Pokok Sena terdapat 201 mangsa daripada 48 keluarga ditempatkan di dua PPS," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Suhaimi berkata keadaan cuaca yang semakin baik dan air banjir yang telah surut di beberapa kawasan membolehkan mangsa pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu, laman web Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan hanya Sungai Anak Bukit di Taman Aman mencatatkan paras bahaya dengan bacaan 2.93 meter.

Sungai-sungai lain yang sebelum ini melepasi paras bahaya kini telah mencatat bacaan paras amaran antaranya Sungai Padang Terap di Kepala Batas dan Sungai Pendang di Pekan Pendang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad