web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin Berhati Nurani, Bersih Berupaya Bina Kejayaan Tamadun - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2023 7:56AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kejayaan sesebuah tamadun merupakan hasil pimpinan pemimpin yang mempunyai hati nurani yang bersih dan tidak hanya bergantung kepada kerangka ekonomi, sosial, pendidikan dan teknologi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, tanpa ciri itu pada pemimpin, sesebuah tamadun akan runtuh sekiranya soal nilai dan akhlak tidak diberi tumpuan dalam agenda pembangunan tamadun.

“Dalam dunia moden dan teknologi maju, kena ada nilai dan akhlak. Tamadun yang runtuh bukan sebab ekonomi atau sosial, tetapi kerana tiada nilai dan akhlak, sebab itu tatakelola rosak.

Apabila tatakelola lemah, negara akan jatuh,” kata Anwar ketika menyampaikan amanat pada Majlis Ilmu MADANI dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi agama di Seri Perdana, di sini malam tadi.

Anwar berkata, sejak beliau memimpin Kerajaan Perpaduan pada November lalu, agenda untuk mengangkat martabat Malaysia di mata dunia menjadi agenda utamanya dengan dibantu barisan Menteri Kabinet yang mewakili pelbagai kaum dan agama.

“Saya pegang jawatan ini, Alhamdulillah..dan saya selesa. Saya tak perlu wang berjuta-juta untuk beli harta.

"Saya tidak perlukan itu, tapi saya nak buktikan sesungguhnya di Malaysia ini ada Melayu Islam yang berpegang dengan fahaman Islam dan boleh angkat martabat negara,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Menyentuh peranan JAKIM, Anwar berkata, peranan jabatan itu di bawah pimpinannya lebih luas berbanding sebelum ini kerana khidmat nasihat serta pandangan JAKIM diperlukan dalam setiap urusan tadbir urus negara dan menyatakan penghargaannya terhadap setiap pandangan yang dikemukakan daripada agensi berkenaan.

Majlis Ilmu MADANI dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai JAKIM yang bermula jam 6.30 petang itu dihadiri kira-kira 300 pegawai hal ehwal Islam JAKIM dari seluruh negara.

Hadirin turut bersolat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Zulkeffly Adimun disusuli dengan bacaan doa dan tausiyah (nasihat) yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah dan kemudiannya mereka menunaikan solat isyak secara berjemaah.

Majlis ilmu sedemikian diadakan secara berkala di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, sejak diperkenalkan Anwar pada 22 Disember 2022 dengan pengisian tausiyah yang disampaikan ulama terkenal dari dalam dan luar negara serta solat secara berjemaah.

Antara ulama yang pernah menyampaikan ceramah di majlis berkenaan adalah Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Syeikh Dr Ekrima Sabri; ulama dari United Kingdom, Syeikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan ulama dari Gambia, Syeikh Muhammad Haydara Al-Jilani. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad