web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ribuan Penduduk Sanggup Beratur Beli Beras 5kg Harga RM1

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 4:27PM

Orang ramai datang seawal jam 6 pagi untuk membeli beras putih import jenama SITI dengan hanya RM1 pada Program Misi Jual Beras RM1 di Padang Kampung Dato' Seri Kamaruddin Manjung hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Ribuan penduduk di sini sanggup beratur panjang untuk membeli beras putih import yang dijual dengan harga RM1 sekampit seberat 5 kilogram, yang diadakan di Padang Kampung Datuk Seri Kamaruddin di sini, hari ini. 

Program Misi Jual Beras RM1 yang bermula pada jam 9.30 pagi itu, hanya mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja untuk terjual sepenuhnya.

Bagi suri rumah, Siti Nordiana Kassim, 25, dari Taman Samudera di sini, berkata beliau sanggup beratur seawal pukul 6 pagi untuk membeli beras itu yang dimaklumkan pengenai penjualan beras tersebut daripada jirannya.

"Ini memang peluang (membeli beras RM1) yang tidak pernah saya dapat. Saya bersama jiran datang ke sini awal pagi sebab tidak mahu terlepas untuk membelinya," katanya ketika ditemui pemberita.

Seorang warga emas, Halijah Kassim, 65, dari Kampung Datuk Seri Kamaruddin di sini juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan beras tersebut dan mula beratur di situ sejak 7 pagi tadi.

"Pada mulanya ingatkan program ini scam sahaja sebab tak pernah mana-mana pihak jual beras hanya RM1. Namun, apabila ketua kampung menguar-uarkan dalam kumpulan WhatsApp, baru mak cik percaya.

"Program (beli beras RM1) ini patut diadakan lebih kerap kerana sekarang harga beras pun naik mendadak, jadi dapat jugalah mengurangkan perbelanjaan dapur," katanya.

Suraya Ibrahim, 42, dari Ayer Tawar dekat sini berkata pembelian beras RM1 benar-benar memberi kelegaan kepada dirinya yang membelanjakan kira-kira RM50 untuk pembelian beras sahaja bagi keperluan keluarganya.

"Walaupun hanya dapat beli sekampit beras sahaja dapat juga meringankan beban perbelanjaan bulanan keluarga yang ditanggung sepenuhnya oleh suami," kata ibu kepada dua orang anak itu.

Program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Misi Rakyat menyediakan sebanyak 1,000 kampit beras lima kilogram dan turut menyumbangkan 120 kampit beras seberat lima kg kepada golongan asnaf, warga emas dan ibu hamil yang terpilih.

Sementara itu, pengasas Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi berkata, program penjualan beras putih import jenama SITI itu kali pertama dilaksanakan pihaknya dan Program Misi Jual Beras RM1 itu akan dijayakan di Kedah pada Selasa ini.

"Kami melaksanakan program sebegini kerana mahu membantu golongan kurang berkemampuan membeli beras memandangkan makanan ruji itu meningkat harga begitu mendadak ketika ini.

"Kami juga berharap program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara sekiranya ada pihak yang sudi menyumbangkan bagi pembelian beras ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM, NACCOL Ada Hingga 20 Mac Untuk Muktamad Harga Beras - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan - PM

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar