web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Miliki Segalanya Untuk Bangkit Semula Sebagai Ekonomi Dinamik - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 1:57PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan ahli ekonomi terkenal yang juga pemenang Anugerah Peringatan Nobel dalam bidang ekonomi Prof Joseph Stiglitz dari Universiti Colombia di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di sini, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai potensi amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi dinamik kerana negara mempunyai sumber yang diperlukan, tenaga kerja berkelayakan selain asas ekonominya yang kukuh, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan juga sudah merangka satu siri dasar, iaitu Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk menyokong matlamat ini.

"NETR yang terdiri daripada projek pemangkin bernilai RM25 bilion adalah rancangan unik untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bagi tenaga boleh baharu dan teknologi hijau," katanya pada majlis makan malam bersama diaspora dan pelajar Malaysia di New York, Amerika Syarikat.

Anwar berkata, NIMP 2030 bukanlah olahan semula daripada rancangan lama tetapi peralihan daripadanya dengan memfokuskan kepada misi tertentu dan teras baharu.

"Minggu lalu, kami telah meluluskan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang mana bukan sekadar semakan biasa rancangan yang lama.

“Ia adalah anjakan penekanan, anjakan dasar, anjakan hala tuju dengan mengambil kira dasar tadbir urus baik kerajaan baharu, akauntabiliti demokratik dan mahu menggerakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya dari segi ekonomi, sosial, pendidikan,” kata Perdana Menteri.

Rakyat Malaysia boleh main peranan penting promosi perdagangan dan pelaburan 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sebagai sebuah negara perdagangan, kejayaan Malaysia sangat bergantung kepada keupayaannya dalam mempromosikan pelaburan dan memastikan kesinambungan perdagangan.

“Di sinilah anda memainkan peranan. Kita mahu setiap rakyat Malaysia di Amerika Syarikat menganggap diri mereka sebagai duta Malaysia, mewakili semangat Malaysia baharu dan komited kepada cita-cita kita.

“Anda harus menggalakkan rakan sekerja anda, rakyat Malaysia dan warga Amerika, untuk memahami dan mengenali Malaysia. Ini akan menjadi misi anda, dan saya berada di sini malam ini untuk merayu kepada anda, duta muhibah, untuk memberi tumpuan kepada mempromosikan perdagangan dan pelaburan,” katanya kepada kira-kira 1,000 diaspora dan pelajar Malaysia yang hadir pada majlis makan malam tersebut.

Perdana Menteri berkata, walaupun mungkin ada sebahagian daripada diaspora sudah lebih 40 tahun menetap di Amerika Syarikat, namun beliau yakin mereka masih mahu melihat Malaysia berjaya.

“Impian kita, impian saya dan impian anda adalah untuk memastikan Malaysia bangkit semula. Dan ingin saya zahirkan dari lubuk hati saya bahawa saya menaruh kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap rakyat Malaysia.

“Walaupun ada antara anda berkata, saya telah berada di sini sejak 40 tahun lalu, ada yang mengatakan 20 tahun, tetapi anda adalah rakyat Malaysia yang sejati, yang cintakan negara dan mahu negara ini berjaya,” katanya.

Anwar menghadiri majlis makan malam tersebut dengan ditemani isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad dan beberapa ahli Parlimen serta pegawai kerajaan.

Anwar, yang tiba di New York pada Rabu, terdahulu hari ini menyampaikan Kenyataan Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78.

Terdapat kira-kira 25,000 rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad