web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tengku Azlan Sultan Abu Bakar Dilantik Penaung Pertama FDAM

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2021 8:40AM

Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuantan Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik sebagai penaung Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang pertama sejak persatuan itu ditubuhkan pada tahun 1993, berkuat kuasa 1 Feb lepas.

Presiden FDAM Ahmad Ibrahim menyifatkan pelantikan Tengku Azlan sebagai satu anugerah berharga buat penggiat industri kreatif bagi melonjakkan industri itu dalam menghadapi cabaran 2021 di tengah krisis ekonomi berikutan pandemik COVID-19.

"FDAM tidak menyangka Tengku Azlan menerima pelawaan persatuan dalam masa yang singkat sebaik sahaja saya dan Ketua Sekretariat FDAM Mohamad Zaini Hassan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat beliau bagi mempersembahkan surat undangan secara rasmi awal minggu ini.

"Kami menyanjung tinggi keikhlasan Tengku menerima pelawaan kami. Rupa-rupanya Tengku seorang yang prihatin terhadap nasib anak seni. Dalam kesibukannya sebagai ahli perniagaan dan tokoh korporat, Tengku masih ada masa mengikuti perkembangan industri seni negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Azlan, 72, yang juga adinda kepada Almarhum Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Jerantut selama tiga penggal dari 1999 hingga 2013 dan Timbalan Menteri Pengangkutan dari 2004 hingga 2008.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Presiden FDAM ‘Mat London’ Meninggal Dunia

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

FDAM Mohon Syarikat Produksi, Stesen TV Tangguh Penggambaran Supaya Anak Seni Dapat Mengundi 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Wafariena Sila Jumpa Saya! - Presiden FDAM, Susulan Dakwaannya Kena Paksa Buat Aksi Stunt Sehingga Cedera Parah  

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

CEO FINAS Yakin Peranan MyCap

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar