web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wafariena Sila Jumpa Saya! - Presiden FDAM, Susulan Dakwaannya Kena Paksa Buat Aksi Stunt Sehingga Cedera Parah  

Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim mengakui sudah pendengar pengakuan daripada pihak pengarah, tapi perlukan laporan daripada Wafa untuk menilai pula cerita di sebelah pihaknya bagi menyelesaikan isu tersebut. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 9:00PM

Wafariena Roslan - Gambar Instagram Wafariena 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim menggesa pelakon wanita, Wafariena Roslan untuk berjumpa dengan pihaknya dan membuat laporan secara bersemuka atau bertulis berhubung kecederaan yang dialaminya akibat dipaksa melakukan aksi stunt untuk sebuah drama. 

Dr Ahmad Ibrahim - Gambar fail
Dr Ahmad Ibrahim - Gambar fail

“Saya mohon Wafariena untuk berjumpa dan membuat laporan berhubung hal ini kepada FDAM. Jika apa yang didakwanya itu benar, kami di FDAM perlu mendengar cerita di sebelah pihaknya. 

“Bagi pihak pengarah drama saya sudah dengar. Sebaik sahaja berita tentang Wafa tersebar di media sosial, saya terus memanggil pengarah itu datang berjumpa. 

“Saya panggil dia untuk terus datang kerana saya tidak mahu pengarah dipersalahkan di dalam hal ini dan dia datang ditemani dengan eksekutif produser. Dia menunjukkan kepada saya video babak aksi stunt dijayakan Wafa,” katanya sewaktu dihubungi Getaran. 

Ahmad Ibrahim juga berkata, pengarah itu juga memaklumkan bahawa dia telah mengikut segala prosedur yang betul penggambaran dilakukan serta turut meletakkan pad keselamatan.  

“Dia juga turut menunjukkan cara-cara apersediaan yang dilakukan. Malah, perbincangan juga sudah dilakukan bersama Wafa sebelum penggambaran babak itu dilakukan. 

“Perbincangan dilakukan sebanyak tiga kali iaitu sebelum penggambaran, sewaktu ‘script reading’ dan sebelum babak itu dilakukan. Pengarah itu sudah tanya betul boleh buat. Wafa sendiri yang mahu buat dan dia kata dia boleh buat. 

“Malah, pengarah itu memberitahu dia ada menghubungi Wafa berhubung kecederaan sebaik sahaja penggambaran selesai tapi Wafa tidak membalasnya. Dia sendiri tunjukkan saja mesejnya itu,” katanya lagi. 

Jelas Ahmad Ibrahim lagi, walaupun sudah mendengar cerita di sebelah pihak pengarah tersebut, namun dia tidak boleh memberikan sebarang komen. 

“Saya perlu dengar juga cerita di sebelah pihak Wafa. Malah, sewaktu tersebarnya kejadian ini, saya terus hubungi Wafa menerusi FB Messengernya. Tapi, dia tak balas. Saya harap dia akan segera hubungi saya. Saya tak mahu komen apa-apa sehingga dia (Wafa) jumpa saya,” katanya. 

Gambar Instagram Wafariena
Gambar Instagram Wafariena

Wafariena sebelum ini mendakwa telah dipaksa melakukan aksi lagak ngeri sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk sehingga menyebabkan tisu bahagian punggungnya cedera, manakala perutnya koyak serta berlaku pendarahan. 

Dakwa Wafariena lagi, dia kesal apabila selepas berlakunya kecederaan itu, pihak produksi dan pengarah seolah-olah lepas tangan dengan perkara itu. Akibat daripada itu dia terpaksa menjalani rawatan di sebuah hospital di ibu kota. – Getaran, 17 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Parah Dipijak Gajah Di Gerik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Cedera Parah Kereta Rempuh Kedai

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Presiden FDAM ‘Mat London’ Meninggal Dunia

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Suami Isteri Maut, Anak Cedera Parah Dalam Kemalangan Babitkan 5 Kenderaan

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN