web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penunggang Motosikal Rempuh Anggota JPJ Ada 2 Senarai Hitam Aktif

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 8:31PM

Ops Motosikal yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan di sekitar Negeri Sembilan. gambar Facebook JPJ Negeri Sembilan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Penunggang motosikal yang merempuh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini didapati masih memiliki dua senarai hitam aktif.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan penunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR berumur 25 tahun itu sudah diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana lesen kenderaan tamat tempoh pada 18 Julai 2012, tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu kompeten manakala motosikalnya disita.

“Satu laporan polis sudah dilakukan dan penunggang motosikal tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” menurut kenyataan itu.

Tular video berdurasi lima saat memaparkan seorang anggota JPJ dirempuh suspek, yang dipercayai cuba melarikan diri, ketika bertugas dalam operasi sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban Port Dickson pada kira-kira 11 pagi sehingga menyebabkan mangsa terpelanting dan kepalanya terhantuk.

Difahamkan anggota JPJ itu sudah mendapat rawatan di Hospital Port Dickson dan berdasarkan keputusan imbasan Sinar X, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius serta dibenarkan pulang oleh pihak hospital.

@getaranmy Seorang penunggang motosikal yang dipercayai cuba melarikan diri daripada ditahan bertindak merempuh penguatkuasa JPJ. #GetaranMY #TERKINI #Semasa #fyp ♬ original sound - Getaran

Kenyataan itu menyebut JPJ sudah melancarkan Operasi Khas Motosikal Tahun 2023 selama sebulan dari 1 hingga 30 September di seluruh negara dengan objektif memperkukuh pembudayaan pematuhan undang-undang serta memupuk rasa bersalah apabila melanggar peraturan keselamatan jalan raya di bawah APJ 1987.

“Justeru JPJ menasihati orang ramai supaya tidak melarikan diri atau bertindak di luar jangka ketika berhadapan dengan operasi SJR yang dilakukan oleh JPJ.

“JPJ juga menyeru orang awam untuk melaporkan kesalahan lalu lintas secara terus atau masa nyata menggunakan Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau e-mel kepada [email protected] beserta dengan butiran lengkap aduan,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed pula berkata lelaki itu turut ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam.

Beliau berkata semakan pihaknya mendapati suspek memiliki lapan rekod membabitkan kes jenayah dan dadah.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Port Dickson esok untuk proses tahanan reman,” menurutnya dalam kenyataan berasingan hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 34 minit yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar