web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seorang Pekerja Kuari Dikhuatiri Tertimbus Dalam Runtuhan Batu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 3:23PM

Pihak berkuasa sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan batu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang pekerja dikhuatiri terperangkap dalam kejadian runtuhan batu di sebuah tapak kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada jam 10.50 pagi.

"Pihak polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk agensi yang berkaitan telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikatakan tertimbus dalam runtuhan itu. 

"Operasi ini juga turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang memantau pergerakan batu dan cerun oleh pakar cerun JMG," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan operasi terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya sudah berusaha mengeluarkan mangsa, namun tangan mangsa masih tersangkut di bawah jentera dan belum dapat dikeluarkan sehingga kini.

"Kerja-kerja membawa keluar mangsa dihentikan sementara kerana masih terdapat pergerakan batu yang jatuh dari tebing yang runtuh," katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Runtuhan Batu: Mayat Pekerja Kuari Berjaya Dikeluarkan 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Benarkah Batu Kuari HSBL Diguna Untuk Bina Stadium Shah Alam?

3

Semasa 3 tahun yang lalu

SPRM Jangan Membisu, Segera Siasat Kuari Hutan Simpan Bukit Lagong

4

Jelajah 4 tahun yang lalu

Tasik Cermin Akan Dimajukan Sebagai Taman Eko Kuari Pertama Malaysia

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad