web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Jangan Membisu, Segera Siasat Kuari Hutan Simpan Bukit Lagong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 7:00AM

Aktiviti kuari yang mencurigakan di Hutan Simpan Bukit Lagong. - Gambar dari Facebook Abdul Razak Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyegerakan siasatan menyeluruh ke atas kerajaan Selangor yang memberikan kebenaran terhadap aktiviti kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong,

Setiausaha Penaja Parti Hijau Malaysia (PHM), Abdul Razak Ismail berkata, pihaknya hairan mengapa agensi kerajaan itu masih belum membuat kenyataan rasmi berhubung isu tersebut walaupun laporan telah dibuat 7 Oktober lalu. 

"PHM ingin mendapat penjelasan dari SPRM Selangor yang masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai hasil siasatan ke atas aduan pemberian 27 plot kuari di dalam Hutan Simpan Bukit Lagong, Daerah Gombak, Selangor.

"Saya (sebelum ini) mewakili Otai Reformis 1998 telah membuat aduan rasmi kepada SPRM Selangor pada  7 Oktober dan hanya menerima maklum balas daripada SPRM melalui emel pada 7 November, mengatakan  bahawa  ‘aduan masih dalam tindakan SPRM’,” katanya kepada Getaran.

Abdul Razak juga meluahkan kekecewaan apabila sehingga kini tiada sebarang perkembangan dilihat berlaku ke atas siasatan itu.

Jelasnya, PHM bimbang aktiviti kuari itu akan diteruskan sekiranya SPRM masih membisu.

“Jika ia diteruskan, pastilah akan 

memberi kesan negatif ke atas eko sistem dan habitat haiwan di dalam Hutan Simpan yang berkeluasan 887 hektar itu,” katanya.

Beliau memberitahu, PHM juga dimaklumkan bahawa setakat ini hanya sebuah syarikat telah melaksanakan laporan Penilaian  Impak Alam Sekitar (EIA) manakala 26 lagi disyaki tidak melakukannya. 

"Kita berharap SPRM boleh merujuk kepada laporan media berkenaan ‘skandal’ pemberian plot kuari itu kepada 27 buah syarikat yang perlu disiasat secara telus dan profesional. 

"Sekiranya tidak, ia bakal mencemarkan imej kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu tegas dalam isu melibatkan tata kelola dan urus tadbir telus, malah menolak secara total anasir rasuah," tegasnya.

Abdul Razak turut mengharapkan campur tangan daripada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan  Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk menyelesaikan skandal aktiviti kuari berkenaan.  

Jelas beliau, penggondolan hutan simpan terbabit bukan sahaja melibatkan isu alam sekitar dan perubahan iklim, namun lokasinya yang berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur boleh memberi kesan seperti banjir kilat. 

"Penggondolan teruk hutan simpan ini untuk aktiviti kuari sedia ada dapat dilihat dengan jelas dari Lebuhraya Plus menghala ke utara, Lebuhraya Guthrie sebelum plaza tol Lagong ke Kuala Lumpur dan dari Gamuda Gardens di Lebuhraya Latar.

"Pemandangan tarahan kawasan hutan simpan sejelas ini memberi gambaran kurang baik terhadap usaha kerajaan pusat untuk mengurangkan impak bencana banjir dan tanah runtuh sejak kebelakangan ini ekoran dari perubahan iklim," katanya. 

Sebelum ini, Getaran melaporkan gesaan Abdul Razak agar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar ‘berganding tangan’ bagi ‘mengheret’ kerajaan Selangor ke muka pengadilan, jika pemimpinnya masih mengunci mulut berhubung projek itu.

Menurut beliau, ia perlu dilaksanakan agar perintah injuksi dapat dikeluarkan mahkamah dan menghalang projek kuari terbabit yang merosakkan ekosistem alam sekitar.

Katanya, tindakan itu mampu menghentikan ‘kerakusan tangan manusia’ seperti dijalankan di Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah, yang menyaksikan mahkamah mengeluarkan injuksi sementara bagi menghalang kerja tanah di kawasan tersebut. - Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad