web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tasik Cermin Akan Dimajukan Sebagai Taman Eko Kuari Pertama Malaysia

Tasik Cermin di Ipoh yang popular dalam kalangan pelancong sedang dimajukan sebagai taman eko kuari yang pertama di Malaysia sekali gus menjadi produk pelancongan terbaharu bandar raya itu.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 9:00AM

Gambar: Zulfadhli Zulkarnain, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tasik Cermin di Gunung Rapat, Ipoh yang popular dalam kalangan pelancong sedang dimajukan sebagai taman eko kuari yang pertama di Malaysia sekali gus menjadi produk pelancongan terbaharu bagi menarik lebih ramai pengunjung ke bandar raya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata Majlis Bandaraya Ipoh telah melantik Syarikat Tasik Cermin Tourism Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan seluas lebih 26 hektar itu sebagai Tasik Cermin Eco Park Ipoh.

"Tasik Cermin merupakan kawasan kuari lama dan tidak lagi beroperasi namun mempunyai dua tasik dan dua terowong yang unik hingga menarik minat ramai pelancong.

"Hari ini merupakan hari ke-42 pembangunan Tasik Cermin Eco Park Ipoh yang berkonsepkan rendah karbon dan menggunakan bahan mesra alam kerana ia merupakan satu daripada 19 geotapak yang terletak di dalam Geopark Lembah Kinta.

"Dengan adanya kerjasama awam dan swasta dalam membangunkan kawasan geotapak seperti ini, secara tidak langsung dapat membantu kerajaan negeri memelihara dan mempromosi Geopark Lembah Kinta sebagai satu daripada geopark kebangsaan yang utama di negara ini," katanya pada sidang media prapelancaran Tasik Cermin Eco Park Ipoh di sini hari ini.

Menurutnya pelbagai pembangunan pelancongan berasaskan eko telah dirancang yang dibahagikan kepada beberapa fasa termasuk jeti bot, kios makanan dan minuman, kafe, tapak glamping, Skybridge Glass Walkway dan Tasik Cermin Monorail.

Beliau berkata pelbagai pakej ekopelancongan akan turut disediakan selain kemudahan seperti surau, tandas, tempat meletak kenderaan, kawasan pejalan kaki dan kemudahan mesra alam termasuk kereta kuda, bugi, beca dan basikal.

Nolee Ashilin berkata pembangunan Tasik Cermin akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan pada masa sama pihak pemaju sedang melatih masyarakat Orang Asli sebagai sumber tenaga kerja memandangkan alam semula jadi berkait rapat dengan mereka.

"Kita juga bekerjasama dengan jabatan lain seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk mendapatkan nasihat kepakaran supaya pembangunan dijalankan mengikut prosedur operasi standard demi menjaga keselamatan," katanya. - Bernama

Isu Pada

Mengulit Mimpi, Terapi Diri

26 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Terima 26 Juta Pelancong Setakat November - MOTAC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengecualian Visa 30 Hari Untuk Rakyat China, India Mulai 1 Disember - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Terengganu Sasar 300,000 Pelancong Bercuti Di Tasik Kenyir Tahun Ini

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden