web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Runtuhan Batu: Mayat Pekerja Kuari Berjaya Dikeluarkan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 7:35PM

Kejadian runtuhan batu di sebuah kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh mengorbankan seorang pekerja. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Mayat pekerja yang terperangkap dalam kejadian runtuhan batu di sebuah tapak kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini hari ini berjaya dikeluarkan pada 2.36 petang, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon.

Sayani berkata mayat mangsa Sohail Sajjad, 36, iaitu warga Pakistan berjaya dikeluarkan dalam keadaan sempurna meskipun terdahulu tangan mangsa tersangkut di bawah jentera.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.56 pagi dan setibanya di lokasi didapati keadaan ketika itu masih tidak selamat kerana terdapat runtuhan kecil sebelum meneruskan operasi menyelamat sebaik sahaja keadaan kembali stabil.

“Kami berjaya alihkan batu-batu tersebut, tetapi keadaan kembali tak stabil, kami terpaksa menghentikan proses mengeluarkan mangsa pada masa itu, sebelum usaha memecahkan batu-batu yang menimpa tangan mangsa berjaya dilakukan apabila keadaan kembali stabil dan berjaya menarik keluar mangsa kira-kira 2.36 petang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sayani berkata jasad mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, selain memaklumkan operasi hari ini membabitkan kira-kira 20 anggota terdiri daripada bomba, polis, Kementerian Kesihatan serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Sayani berkata beliau difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama dua rakannya yang juga warga Pakistan sedang menggunakan jentera berkenaan bagi mengalihkan batu-batuan di lokasi berkenaan.

“Dimaklumkan ada runtuhan kecil dan mereka telah diarahkan meninggalkan kawasan tersebut. Mangsa bersama dua kawannya telah keluar, cuma mangsa ini berpatah balik kerana dikatakan ada barang dia yang tertinggal di situ.

“Dalam cubaan dia mengambil (barang) itulah yang runtuhan itu berlaku dan mangsa dalam usaha cuba menyelamatkan dirinya, berlindung di bawah mesin pengorek itu. Kami jumpa mangsa pun tadi memang masih di bawah mesin pengorek yang tertimbun dengan batu-batuan dan tangannya juga terlekat pada celah mesin itu,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada 10.50 pagi serta dengan kerjasama JBPM termasuk agensi berkaitan telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikatakan tertimbus dalam runtuhan itu. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad