web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Airlines Benarkan F&B Alternatif Laluan Terjejas Peralihan Khidmat Katering

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 8:19PM

Malaysia Airlines membenarkan penumpang membawa makanan sendiri bagi laluan terjejas dalam tempoh peralihan kepada penyedia perkhidmatan katering baharu. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penumpang Malaysia Airlines dibenarkan membawa makanan sendiri dalam penerbangan bagi laluan yang terjejas semasa tempoh peralihannya kepada penyedia perkhidmatan katering baharu, kata Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Bagaimanapun, makanan yang perlu dipanaskan sendiri dan makanan tidak halal adalah dilarang, katanya menerusi pautan Soalan Kerap Ditanya (FAQ) yang disiarkan di laman web https://www.malaysiaairlines.com.

Syarikat penerbangan itu berkata, pilihan makanan dan minuman (F&B) lain adalah tertakluk kepada syarat bagi cecair, aerosol dan gel yang tidak boleh melebihi 100 mililiter bagi penumpang antarabangsa yang berlepas daripada, atau transit di lapangan terbang antarabangsa di Malaysia.

“Bagi mereka yang memesan makanan khas, pilihan itu tidak tersedia buat masa ini. Oleh itu, kami membenarkan mereka untuk membawa makanan sendiri. Saranan ini hanya kepada laluan yang terjejas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Malaysia Airlines telah menamatkan kerjasama yang terjalin sejak dahulu lagi dengan penyedia perkhidmatan makanan Brahim's Food Services (BFS) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, dan dalam tempoh peralihan kepada perkhidmatan katering baharu bagi laluan domestik dan antarabangsa terpilih dalam rangkaian Malaysia Airlines.

Bagi memastikan keselesaan dan pengalaman menyeluruh pelanggan hanya mengalami gangguan yang minimum, MAB akan menawarkan pilihan F&B alternatif di samping giat mendapatkan penyedia perkhidmatan baharu yang seiring dengan komitmen teguhnya dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang premium.

Dalam tempoh peralihan ini, penumpang masih dibekalkan dengan hidangan atau makanan dan minuman ringan dalam penerbangan, katanya.

Bagaimanapun, pelanggan yang terjejas dengan perubahan makanan yang ditawarkan termasuk bagi laluan domestik dan antarabangsa terpilih yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines, akan menerima tawaran makanan yang diubah semula dan makanan prabungkus, bergantung kepada kelas perjalanan dan tempoh penerbangan, katanya.

Makanan prabungkus akan ditawarkan untuk penerbangan yang singkat, bergantung kepada kelas perjalanan dan tempoh penerbangan, manakala makanan yang diubah semula akan disediakan untuk penerbangan lebih panjang.

Sehubungan itu, MAB menasihatkan penumpang yang terjejas untuk mengemas kini butiran untuk dihubungi di ‘My Booking’ pada laman web berkenaan bagi memastikan mereka menerima kemas kini pada waktunya menerusi e-mel dan khidmat pesanan ringkas.

Pada 30 Ogos, Malaysia Aviation Group (MAG) selaku syarikat induk MAB memaklumkan akan mengaktifkan Pelan Kelangsungan Perniagaan (BCP) bagi perkhidmatan sajian makanan dalam penerbangan di laluan terpilih di bawah MAB berkuat kuasa pada 1 Sept 2023 susulan penamatan lanjutan kontraknya dengan BFS pada 31 Ogos 2023.

 Kumpulan penerbangan itu juga menyifatkan BCP berkenaan sebagai menandakan berakhirnya legasi kerjasama perkhidmatan katering yang sebelum ini disediakan oleh BFS bagi laluan domestik dan antarabangsa terpilih dalam rangkaian MAB.

Menurut MAG, dalam tempoh peralihan ini, MAB akan menyediakan F&B alternatif penerbangan bagi laluan terbabit bagi memastikan kelancaran operasi selain meminimumkan sebarang potensi impak ke atas keselesaan dan pengalaman pelanggan.

Laluan lain akan terus mendapat perkhidmatan yang disediakan oleh penyedia sedia ada, POS Aviation, katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran