web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Berangkat Tiba Di Tawau Untuk Kembara Kenali Borneo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 3:53PM

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebaik tiba di Lapangan Terbang Tawau untuk memulakan Kembara Kenali Borneo. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di lapangan Terbang Tawau di sini hari ini bagi memulakan pengembaraan yang julung kali diadakan dalam mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak.

Kembara Kenali Borneo pada 3 hingga 13 Sept ini bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Kuching, melibatkan jarak perjalanan lebih 2,154 kilometer dengan melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei, memberikan peluang keemasan bagi rakyat di kedua-dua negeri untuk beramah mesra dengan pasangan diraja dan delegasi.

Pesawat membawa Seri Paduka berdua yang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang mendarat pada pukul 1.50 tengah hari, sebelum Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disambut Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor,  Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya, dengan ditemani isteri masing-masing.

Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan melalui Kawalan Kehormatan Setempat daripada Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD).

Mufti Kerajaan Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar membacakan doa bagi memohon keselamatan Seri Paduka berdua serta para hadirin, sebelum pasangan diraja bersama delegasi berangkat menuju ke hotel penginapan.

Sebelum meninggalkan Lapangan Terbang Tawau, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan bergambar bersama 40 kanak-kanak daripada Tadika Kemas dan Perpaduan di daerah ini, yang berpakaian tradisional pelbagai etnik.

Al-Sultan Abdullah yang memandu sendiri kereta dengan ditemani Tunku Azizah, turut berkenan beramah mesra, bersalaman dan berswafoto dengan orang ramai yang menantikan keberangkatan Seri Paduka berdua di sekitar lapangan terbang itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual berangkat ke Majlis Pelancaran Kembara Kenali Borneo dan Santapan Malam Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Tawau di sini malam ini.

Kawasan di sekitar Tawau kelihatan meriah dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah bagi menyambut keberangkatan tiba pasangan diraja yang terkenal dengan sikap rendah hati dan mesra rakyat itu.

Tawau, yang dikenali sebagai ‘Bumi Peladang’ terletak di sebelah Pantai Timur Sabah iaitu kira-kira 500km dari ibu negeri Kota Kinabalu, dan merupakan bandar ketiga terbesar di negeri ini, selepas Kota Kinabalu dan Sandakan.

Mengikut data Jabatan Perangkaan pada 2020 daerah Tawau mempunyai 372,462 penduduk dengan keluasan 196 km persegi. Penduduk Tawau majoritinya terdiri daripada suku kaum Bugis, Bajau, Suluk Ida’an, Tidong, Cocos, Murut dan Lun Bawang.

Sebahagian besar daripada kawasan tanah tanah daerah Tawau adalah kawasan perladangan yang banyak ditanam dengan tanaman kelapa sawit dan koko, dengan kebanyakan penduduknya bekerja di ladang kelapa sawit.

Semasa di Sabah bagi tempoh 3 hingga 7 Sept, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta rombongan dijadual singgah  di lapan daerah lain iaitu Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad