web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah Enam Beranak Selamat Dikebumikan Di Parit Jawa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 6:41PM

Pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail dan Norahimah Noor Muhamad serta empat anaknya Fatimatulzahrah, Seri Khadijah Aqilah, Rufaidatul Asyariyah, dan Muhammad Assyakrawi dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 4.50 petang tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Jenazah enam beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Segamat-Kuantan dekat Taman Yayasan, Segamat petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah, Parit Jawa di sini. 

Pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, serta empat anaknya Fatimatulzahrah,17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah,10; dan Muhammad Assyakrawi, 5; dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 4.50 petang tadi.

Terdahulu, jenazah enam sekeluarga itu dibawa dari Hospital Segamat dan tiba di Masjid Ubudiah kira-kira 3 petang sebelum disembahyangkan serta diberi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan kenalan.

Anak sulung arwah, Abdurrahman, 19, mengimankan solat jenazah tersebut dengan diiringi lebih 500 jemaah. 

Terdahulu kemalangan berkenaan yang berlaku pada 6.37 petang semalam melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah treler, sebuah Honda HRV, sebuah Proton Wira, sebuah Perodua Bezza dan Perodua Alza yang dinaiki mangsa sekeluarga.

Lima mangsa tersebut meninggal dunia di lokasi manakala Muhammad Assyakrawi, meninggal ketika menerima rawatan. 

Seorang lagi anak Amir Ruddin yang juga mangsa kemalangan, Abdullah, 15, masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

Difahamkan kejadian itu berlaku selepas sebuah lori membawa muatan pasir hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Honda HRV memperlahankan kenderaan kerana terdapat kerja-kerja pembaikan jalan sebelum lori yang bergerak dari arah sama gagal membrek dan hilang kawalan.

Akibat pelanggaran itu, lori berkenaan terbabas ke sebelah kanan jalan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza dinaiki tujuh sekeluarga itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad