web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Lemah Landa Ranau, Tiada Laporan Insiden Tidak Diingini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2023 12:13PM

Gempa bumi lemah melanda Ranau awal pagi tadi. gambar Facebook Sabah, Malaysia Borneo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANAU - Gegaran kecil akibat gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter di sini dirasai orang ramai di kawasan itu, namun tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ranau Ridwan Mohd Taib berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan atau panggilan kecemasan daripada orang awam akibat gempa bumi itu.

“Selepas berlakunya gegaran berkenaan kami telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bangunan di sekitar Ranau, semua dalam keadaan baik.

“Orang ramai dinasihatkan bertenang dan laporkan kepada pihak bomba jika berlaku sebarang insiden kecemasan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini memberitahu gempa bumi lemah itu berlaku kira-kira 7.13 pagi tadi dan pusat gempa bumi itu terletak di 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan kedalaman 5 km iaitu 13 km barat laut dari Ranau.

Rozita Jamrin, 29, seorang guru berkata beliau bersama suami serta empat anaknya sedang bercuti di Bundu Tuhan di sini, dan mereka merasai gegeran itu ketika sedang bersiap untuk keluar dari inap desanya.

“Ingatkan anak-anak saya yang bergurau sesama mereka goyangkan perabot tetapi gempa bumi rupanya, terus kami sekeluarga keluar cepat dari bilik inap desa itu. Tidak lama kemudian staf inap desa maklumkan ada gempa bumi kecil sahaja dan keadaan selamat,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Pihak Berkuasa Jepun Masih Kesan 51 Orang Yang Dilaporkan Hilang

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad