web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi: Pihak Berkuasa Jepun Masih Kesan 51 Orang Yang Dilaporkan Hilang

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 4:33PM

Pihak berkuasa di Wilayah Ishikawa masih berusaha mengesan mangsa yang hilang susulan kejadian gempa bumi baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Pihak berkuasa Wilayah Ishikawa Jepun masih berusaha mengesan 51 orang yang dilaporkan hilang akibat gempa bumi kuat dan beberapa siri gegaran susulan yang melanda wilayah itu pada tahun baharu, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Kyodo pada Khamis.

Di bandar Wajima yang mencatatkan angka kematian tertinggi akibat bencana itu, enam orang dilaporkan hilang. 

Perkhidmatan menyelamat menerima 40 hingga 50 laporan mengenai bangunan runtuh yang mungkin menyebabkan penduduk terperangkap, lapor Kyodo memetik pentadbiran tempatan.

Pada sidang media pada pagi Khamis, Perdana Menteri, Fumio Kishida sekali lagi menggesa semua yang terlibat dalam operasi pencarian supaya berusaha habis-habisan sebelum tempoh 72 jam yang juga masa yang sangat penting untuk menyelamatkan orang berakhir.

Pada petang Isnin, gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud diikuti beberapa siri gegaran susulan melanda kawasan berhampiran bandar Suzu di Semenanjung Noto di Wilayah Ishikawa.

Angka kematian akibat bencana itu setakat ini mencecah 78, manakala lebih 100 yang lain cedera.

Gegaran itu turut menyebabkan bangunan runtuh dan lebih 32,000 isi rumah terputus bekalan elektrik.

Gempa bumi pada 1 Januari 2024 itu adalah bencana paling besar berlaku di wilayah Semenanjung Noto sejak 1885. - BERNAMA-SPUTNIK

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad