Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


COVID-19 - Amalkan Sendiri Sekatan Pergerakan Kendiri, Elak Jangkitan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 7:51AM

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Naazron Abdul Yusof melakukan pemeriksaan daftar masuk pada aplikasi MySejahtera milik seorang penghantar makanan ketika membuat tinjauan SOP PKP 3.0 di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, beberapa hari lalu. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya melakukan sendiri sekatan pergerakan atau “self-lockdown” untuk menyekat peningkatan mendadak jangkitan covid-19 yang menyaksikan bilangan kes harian kini mencecah lebih 6,000 kes setiap hari.

Beliau juga menasihati mereka supaya “mengingatkan” yang lain untuk berbuat perkara yang sama kerana apapun usaha yang dibuat kerajaan tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Ada yang asyik tanya kenapa tak buat total lockdown (perintah kawalan pergerakan sepenuhnya)? Do your own lockdown, buat self-lockdown (buat sekatan pergerakan kendiri), stay at home and tell others to do the same thing (duduk di rumah dan beritahu yang lain untuk lakukan perkara sama) kerana apapun usaha yang dibuat tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada SOP ditetapkan.

''Sebaiknya kita bekerjasama, tak payah nak salah menyalahkan, cari jalan, berdoa semoga kita diberikan perlindungan dan dengan usaha ini insya-Allah kita akan menang," katanya dalam program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV malam ini.

Menurut Perdana Menteri pertimbangan antara hidup dan kehidupan perlu diambil kira  dalam  memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan rakyat tidak terkesan teruk dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan.

Disebabkan itu kerajaan memutuskan untuk tidak melaksanakan perintah kawalan pergerakan sepenuhnya ketika ini  seperti PKP 1.0  kerana ia akan menjejaskan kehidupan rakyat dan menyebabkan lebih ramai yang hilang pekerjaan selain ketidakupayaan untuk bangkit bagi memulihkan kehidupan dan ekonomi.

“Memang kalau ikutkan saya, KKM kata memang itu yang terbaik Tan Sri...tapi kesan kepada negara, kalau rakyat tak bekerja, ekonomi dah runtuh nak bangunkan semula (seperti PKP 1.0), saya (kerajaan) terpaksa belanja RM340 bilion dengan enam pakej rangsangan.

Itu bukanlah jumlah yang sedikit, tak pernah berlaku dalam negara. Dua puluh peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kita gunakan untuk menolong rakyat. Ini yang rakyat harus faham. Kalau buat begitu (tutup semua sektor ekonomi) kita akan hadapi masalah yang lebih besar, nanti negara tak boleh nak bangkit," katanya. 

Muhyiddin berkata penutupan semua sektor ekonomi semasa PKP 1.0 pada 18 Mac sehingga 3 Mei 2020 bagi mengekang penularan COVID-19 bukan sahaja menyebabkan negara kerugian kira-kira RM2.4 bilion setiap hari, tetapi ramai rakyat kehilangan pekerjaan selain peniaga kecil turut terjejas teruk.

Katanya jika kerajaan “membawa semula” PKP 1.0, negara berkemungkinan memerlukan sehingga RM500,000,000,000 atau setengah trilion ringgit bagi membantu rakyat dan merangsang semula ekonomi negara. 

"Boleh tutup (semua sektor ekonomi), tapi bila buka balik nanti mungkin sistem itu dah runtuh kerana kita kena buka semula i-Sinar, beri bantuan Prihatin, moratorium dan lain-lain, mampukah kerajaan tanggung lagi? boleh tapi tak sebanyak mana. 

Saya tak nak lihat rakyat saya terkorban hanya kerana kelekaan saya atau mereka. Saya juga tidak mahu ekonomi kita runtuh," katanya dan menambah disebabkan itu kerajaan membuat keputusan untuk memperketatkan SOP PKP 3.0 seperti diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Perdana Menteri menegaskan bahawa usaha untuk melandaikan lekuk COVID-19 merupakan tanggungjawab setiap lapisan masyarakat dengan berkata: "terima hakikat ini masalah bersama, approach kita bukan whole of government, it is whole of society (pendekatan kita bukan keseluruhan kerajaan, ia adalah keseluruhan  masyarakat) ," katanya. 

Enam pakej rangsangan yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini adalah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) melibatkan peruntukan RM250 bilion pada Mac 2020 dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) sebanyak RM10 bilion pada April 2020.

Pada Jun tahun sama, kerajaan mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) melibatkan perbelanjaan sebanyak RM35 bilion, selain Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (KITA Prihatin) dengan peruntukan RM10 bilion pada September lepas.

Pada Januari tahun ini, kerajaan mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion serta Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA)  dengan peruntukan RM20 bilion pada Mac lepas. - Bernama

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

Semasa 13 jam yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy

Luar Negara 21 jam yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

Politik 1 hari yang lalu

Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

oleh Sophia Ahmad