web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kartel Daging: 4 Penguat Kuasa MAQIS, Pemilik Syarikat Logistik Didakwa

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2021 4:36PM

Empat penolong pegawai MAQIS dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Empat penolong pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan seorang pemilik syarikat logistik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah dan mengemukakan butiran palsu berhubung kes kartel daging.

Petugas MAQIS Mohd Hafizan Khalid, 44 dan Nor Azlan Mat Suki, 40, serta pemilik syarikat Abdul Latif A Rahman, 55, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Dua lagi kakitangan MAQIS - Mohammad Sofyan Mohd Zin, 27, dan Khairul Izat Sulaiman mengaku bersalah, masing-masing atas satu pertuduhan.

Khairul Izat, yang diwakili peguam S Selvam, dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu manakala kes Mohd Hafizan, Nor Azlan, Abdul Latif dan Mohammad Sofyan akan disebut semula pada 29 Jun.

Mohd Hafizan didakwa menerima suapan wang tunai RM2,500 daripada seorang individu sebagai upah untuk  melepaskan kontena yang membawa daging sejuk beku milik Syarikat ZS Armin Sdn Bhd dari negara yang tidak diiktiraf Jabatan Veterinar, di sebuah restoran di sini pada Disember 2016.

Nor Azlan  menghadapi lima pertuduhan menerima suapan bernilai RM37,000 berhubung perkara sama juga di sebuah restoran di sini, antara Februari hingga April 2017. 

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang mana jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Abdul Latif pula didakwa atas dua pertuduhan mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran palsu pada 5 Okt 2020 dan 9 Nov 2020 bertujuan mengelirukan pihak berkuasa.

Pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2), yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Abdul Latif juga menghadapi dua pertuduhan pilihan iaitu mengemukakan dokumen palsu pada 5 Oktober 2020 dan 9 November 2020 mengikut  Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi Mohammad Sofyan dan Khairul Izat, mereka masing-masing dituduh menerima wang suapan sebanyak RM30 dan RM100 pada 5 Oktober 2020 dan 10 November 2020 bagi mempercepatkan proses pemeriksaan dokumen dan fizikal konsainan, yang mana mereka gagal melaporkan pemberian penyogokan kepada SPRM.

Pertuduhan di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Mohd Hafizan yang diwakili peguam Mohd Razak Sharif manakala Nor Azlan yang diwakili peguam Peter Tan, masing-masing dibenarkan diikat jamin sebanyak RM7,000 seorang dengan seorang penjamin.

Abdul Latif yang diwakili  peguam S Vijaya dibenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu, mahkamah mengarahkan Mohammad Sofyan melantik peguam serta membenarkannya diikat jamin  RM5,000 dengan  seorang penjamin.

Kes Mohd Hafizan, Nor Azlan, Abdul Latif dan Mohammad Sofyan akan disebut semula pada 29 Jun depan manakala untuk kes Khairul Izat yang diwakili peguam, mahkamah akan menjatuhkan hukuman pada petang ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Suhaili Sapun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 2 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad