web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Starlink Hanya Penyelesaian Sementara - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 3:20PM

Fahmi Fadzil - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk menggunakan perkhidmatan penyedia internet satelit seperti Starlink di kawasan yang tidak mendapat capaian internet yang bagus adalah sebagai penyelesaian sementara, ketika solusi jangka panjang sedang dilaksanakan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkhidmatan internet itu sesuai sebagai penyelesaian sementara kerana ia bersifat plug and play, mempunyai kelajuan internet yang laju selain harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

“Di Malaysia, kita ada empat penyedia perkhidmatan internet melalui satelit termasuk Starlink. Ini bukanlah keputusan komersial. Manfaat teknologi ini sesuai untuk tujuan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Wangsa Maju Kita Punya yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Taman Tasik Danau Kota, di sini hari ini. 

Mengulas lanjut mengenai teknologi internet satelit, Fahmi berkata kerajaan turut dalam perbincangan untuk meluaskan penggunaannya di sekolah dan klinik kesihatan di Sabah dan Sarawak.

Perkhidmatan internet itu sesuai sebagai penyelesaian sementara kerana ia bersifat 'plug and play' - gambar hiasan
Perkhidmatan internet itu sesuai sebagai penyelesaian sementara kerana ia bersifat 'plug and play' - gambar hiasan

“Saya sedang berurusan dengan Menteri Kesihatan (Dr Zaliha Mustafa), Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) berhubung perkara itu,” katanya. 

Pada 15 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bercadang menggunakan 40 peranti Starlink di institusi pengajian tinggi untuk menaik taraf kemudahan capaian internet supaya lebih meluas dan pantas, susulan perjumpaan secara maya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Starlink Elon Musk. 

Sementara itu Fahmi berkata beberapa syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) telah menawarkan untuk memberi pakej internet 5G Rahmah yang lebih baik daripada pakej dasar iaitu RM60 untuk 60 gigabit (GB). 

Menurutnya syarikat-syarikat itu menyatakan bahawa mereka akan menyediakan pakej 5G Rahmah dengan harga yang lebih murah, atau menyediakan kapasiti yang lebih tinggi pada harga dasar, iaitu RM60. 

“Insya-Allah pada 31 Ogos nanti, kita akan ada base iaitu RM60 untuk 60GB, tetapi akan ada juga telco yang menyediakan pada harga yang lebih rendah atau mereka tawarkan (kapasiti data) lebih tinggi,” katanya. 

Pakej 5G Rahmah yang menawarkan pakej telefon pintar 5G jenama Samsung dan Honor pada harga serendah RM240 beserta pelan data 60GB dengan harga RM60 telah diumumkan pada 7 Ogos lepas, dan dijangka mula dilaksanakan pada 31 Ogos ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad