web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abang Shaharul Sempat Kongsi Swafoto Pertama Dan Terakhir Dengan Keluarga - Adik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 4:10PM

Norsyahirah Omar menunjukkan gambar swafoto yang dikongsi arwah abang sulungnya Komander (B) Shaharul Amir Omar dalam aplikasi WhatsApp kumpulan keluarga mereka. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Seorang penumpang pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam dilihat teruja semasa menaiki pesawat itu, malah sempat menghantar gambar swafotonya kepada ahli keluarga sebelum tragedi.

Norsyahirah Omar, 29, berkata arwah abang sulungnya Komander (B) Shaharul Amir Omar, 49, tidak pernah menghantar gambar swafotonya dalam aplikasi WhatsApp kumpulan keluarga mereka sebelum ini.

"Sebelum ini arwah tidak ada swafoto, dan hanya menghantar gambar tempat dituju dalam WhatsApp keluarga kami, tetapi semasa menaiki pesawat itu dia nampak amat teruja, lain dari biasa dan memberitahu seronok bos belanja menaiki pesawat.

"Banyak gambar swafotonya yang dihantar semasa dalam pesawat... mungkin dia sudah rasa hendak pergi meninggalkan kami. Kami tidak menyangka itulah kali terakhir ‘bersembang’ dengan dia," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman arwah di Seri Manjung di sini hari ini.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata mereka sekeluarga terkejut apabila melihat video tular di media sosial petang semalam dan berusaha menghubungi arwah kerana bimbang namun arwah gagal dihubungi, dan kali terakhir maklumat yang diterima adalah apabila arwah memberitahu ibunya akan bertolak dari Langkawi ke Subang pada pukul 2 petang.

Norsyahirah yang tinggal di Yan, Kedah berkata beliau segera pulang ke rumah ibu mereka di Felda Lubuk Merbau, Sik, Kedah, sebelum bertolak ke rumah milik arwah yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang didiami bersama isteri dan anak-anaknya di sini.

Beliau berkata ibunya dan beberapa adik beradik lain kemudian pergi ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pengecaman mayat.

Katanya Shaharul adalah seorang yang bertanggungjawab dengan menjaga kesemua adik-adiknya dan ibu mereka Che Ana Abdullah, 67, yang juga suri rumah selepas kematian bapa mereka akibat kanser hati pada 2010.

"Selepas kematian ayah, abang banyak menjalankan tanggungjawab terhadap semua keperluan keluarga dan membantu adik-adik yang masih belajar.

"Arwah yang mempunyai empat anak berusia 12 hingga 19 tahun juga seboleh-bolehnya mencari masa untuk pulang dan berkumpul bersama keluarga walaupun sibuk bekerja, tetapi dalam sekelip mata dia sudah tiada, namun kami reda akan pemergiannya," katanya.

Menurutnya Shaharul sebelum ini bertugas mengendalikan helikopter untuk membawa Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun bagi urusan kerja namun ketika kejadian hanya menjadi penumpang pesawat itu.

Beliau berkata ketika ini pihak keluarga masih menunggu keputusan sama ada jenazah akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Selangor atau dibawa pulang untuk dikebumikan di Seri Manjung.

Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina mengakibatkan 10 individu termasuk Johari maut.

Lapan yang meninggal dunia terdiri daripada enam penumpang dan dua juruterbang pesawat ringan itu, manakala dua lagi adalah orang awam, masing-masing adalah penunggang motosikal dan pemandu kereta yang berada di kawasan nahas.

Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat di lapangan terbang pada pukul 2.48 petang. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, Anak Perempuan Maut Nahas SUV - 4WD

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Korban Nahas Kuala Krai Meningkat 4 Orang

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad