Berita Terkini

8 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PKP 3.0 Yang Diperketatkan Beri Kesan 1 Peratus Ke Atas KDNK - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2021 8:48AM

Tengku Zafrul - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang diperketatkan (PKP 3.0) dijangka memberi kesan sehingga satu peratus ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang tempoh pelaksanaan selama satu bulan dari 12 Mei hingga 7 Jun depan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz .

Beliau memberi contoh, semasa PKP pertama yang berlangsung mulai 18 Mac hingga 3 Mei 2020, Malaysia kehilangan sekitar RM2.4 bilion setiap hari sementara semasa PKP 2.0 dari 13 Jan hingga 18 Februari 2021, negara kehilangan wang sejumlah RM300 juta hingga RM400 juta sehari.

“Kami masih mengkaji kesannya, walaupun masih terlalu awal untuk diperkatakan, kami menganggarkan sepanjang PKP 3.0, impaknya boleh mencecah sehingga satu peratus.

“Kami akan memberitahu angka sebenar selepas analisis yang terperinci dibuat,” katanya pada satu sidang media maya semalam.

Dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dikuatkuasakan di bawah PKP 3.0, Tengku Zafrul menjelaskan ini dapat menurunkan pertumbuhan KDNK kepada sekitar lima hingga 6.5 peratus bagi 2021, sedikit lebih rendah daripada sasaran enam hingga 7.5 peratus yang diramalkan oleh Bank Negara Malaysia sebelumnya.

“Ketika kami menyasarkan pertumbuhan KDNK 2021 pada  enam hingga 7.5 peratus, kami tidak menjangkakan akan wujud satu lagi PKP.

“Ia sudah pun berlaku sekarang, dengan ini, KDNK mungkin susut kepada lima hingga 6.5 peratus, tetapi sekali lagi, ini hanya anggaran dan kami sedang melihatnya dengan teliti,” kata beliau.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan sekatan tambahan untuk mengetatkan SOP PKP 3.0 yang akan dilaksanakan melalui dua strategi iaitu arahan bekerja dari rumah (WFH) dan mengehadkan waktu operasi perniagaan berkuat kuasa 25 Mei ini untuk Semenanjung dan Labuan.

Langkah itu bertujuan bagi mengurangkan pergerakan orang ramai dan dengan itu mencegah penyebaran COVID-19 yang lebih serius.

Tengku Zafrul ketika mengulas mengenai perkara tersebut menyatakan setiap keputusan yang akan diambil mempunyai impak yang berbeza kepada nyawa dan kesejahteraan rakyat.

“Sekiranya kawalan terlalu ketat dan ekonomi ditutup, ya... kes COVID-19 dikurangkan tetapi pada kos yang tinggi kepada rakyat, tetapi jika kawalan terlalu lemah, ia akan menyebabkan lonjakan kes COVID-19 yang kemudiannya, akan merosakkan ekonomi,” katanya.

Oleh itu, kerajaan telah mengambil pendekatan yang seimbang bagi mewujudkan situasi yang akan menguntungkan semua pihak terlibat.

"Kami membiarkan ekonomi terus berjalan tetapi dengan SOP yang diperketatkan bagi mengawal penularan COVID-19 dan pada masa yang sama, melindungi kehidupan rakyat," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

4

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Sukan 11 jam yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 1 hari yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

Semasa 7 jam yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi