web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Ambil Rasuah, Sentiasa Jaga Integriti - Tengku Hassanal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 7:50PM

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat pada 1st Pahang Tiger Summit 2023 pada 28 Julai lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengingatkan agensi penguatkuasaan di Pahang supaya tidak mengambil rasuah dan sentiasa menjaga integriti mereka. 

Baginda bertitah agensi berkenaan perlu menjalankan penguatkuasaan dengan bersungguh-sungguh selain bertindak tegas termasuk dalam usaha memastikan alam sekitar, flora dan fauna di Pahang sentiasa terjaga. 

"Saya ada bersama anda, jangan risau. Jangan ambil rasuah dan sentiasa jaga integriti, jika ada yang jual nama sembahkan kepada saya. Tiada yang kebal daripada undang-undang, yang salah tetap salah, tidak kira kerabat, orang politik mahupun rakyat. 

"Kepada semua ahli kerabat, segala projek berbentuk usaha sama dengan kerabat negeri lain mesti mendapat perkenan saya terlebih dahulu...begitu juga kepada semua ahli politik, projek pembangunan perlu disembah maklum dan mohon perkenan daripada saya," titah baginda. 

Baginda bertitah demikian semasa menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pengurnian Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke - 64 Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, di sini hari ini. 

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis santapan yang berlangsung selepas istiadat pengurniaan.

Selain itu, Tengku Hassanal bertitah Kerajaan Persekutuan perlu mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Negeri Pahang terlebih dahulu berhubung sebarang projek pembangunan. 

"Kepada Jabatan Alam Sekitar pula, saya mahu laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) disembah maklum terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat. Kesemua isu dan projek yang disembah maklum akan saya sembahkan ke sisi ayahanda (Al-Sultan Abdullah) untuk mendapat perkenan," titah baginda. 

Sebagi pewaris takhta negeri Pahang, Tengku Hassanal bertitah baginda tidak berhasrat untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan, namun mahu menjadi pihak berkepentingan utama dalam melaksanakan semak dan imbang kepada pembangunan yang akan dilaksanakan. 

"Saya mahu prosedur ini terus dilaksanakan walaupun ketika saya menjadi Tengku Mahkota semula agar semua pembangunan yang dirancang akan memberikan manfaat yang terbaik kepada rakyat dan alam sekitar kekal lestari," titah baginda. 

Ketika bertitah, Tengku Hassanal turut menyentuh mengenai sentimen 3R iaitu agama, institusi diraja dan kaum yang menjadi kebimbangannya selain bertegas tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak memainkan isu berkenaan di Pahang. 

Selain itu, baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada 104 penerima darjah kebesaran dan pingat hari ini serta mengingatkan mereka supaya tidak lupa diri, sombong, riak dan angkuh. 

"Saya tidak akan teragak-agak untuk menarik semula darjah kebesaran yang telah dikurniakan sekiranya terdapat salah laku dalam kalangan penerima," titah Tengku Hassanal. 

Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika membacakan ucapan sembah ikrar taat setia berkata Al-Sultan Abdullah menunjukkan keperibadian mulia apabila sering berdampingan  dengan rakyat tanpa protokol ketat. 

Malah Wan Rosdy berkata menerusi Yayasan Al-Sultan Abdullah, baginda telah berkenan mengurniakan rumah secara percuma kepada rakyat yang terpaksa menanggung kesusahan disebabkan kediaman mereka rosak atau musnah akibat bencana selain rumah yang terlalu usang dan tidak boleh didiami lagi. 

"Sifat mulia Al-Sultan Abdullah telah terserlah diwarisi oleh Pemangku Raja Pahang yang sentiasa berdampingan dengan rakyat serta bertanya khabar dan turut menyantuni mereka dalam apa jua keadaan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar