web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sampah Terbakar, KLIA Terminal 1 Diselubungi Asap Tebal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 4:26PM

Insiden kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 pagi tadi tidak menjejaskan operasi lapangan terbang itu. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Satu kebakaran dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pagi tadi, yang mengakibatkan asap tebal memenuhi ruang balai pelepasan di terminal utama lapangan terbang itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada 8.30 pagi dan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setelah pemeriksaan dilakukan didapati kebakaran itu melibatkan sampah di dalam saluran sampah di tingkat 3 terminal itu dan tidak membabitkan struktur bangunan dan mangsa.

“Bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula yang terdapat di bangunan tersebut. Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan pada 9.10 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pukul 10.31 pagi,” katanya.

Sementara itu, Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) yang mengesahkan kejadian itu dalam satu hantaran menerusi Facebook memaklumkan kebakaran kecil berlaku di dalam bangunan terminal utama KLIA Terminal 1 dan segera dipadamkan oleh Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Menurutnya, kejadian itu tidak menjejaskan perkhidmatan penerbangan dan operasi lapangan terbang.

Pengendali lapangan terbang itu memberitahu siasatan mengesahkan kejadian itu berpunca daripada puntung rokok.

“Malaysia Airports ingin mengingatkan orang ramai bahawa terdapat kawasan merokok yang dikhaskan di semua lapangan terbang kami. Sila gunakannya untuk kemudahan anda dan demi keselamatan komuniti lapangan terbang kami,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan insiden kebakaran itu tidak menjejaskan operasi di KLIA Terminal 1.

“Pihak bomba sedang menjalankan siasatan lanjut punca kebakaran itu dan sekiranya ada unsur khianat atau sabotaj, pihak polis akan siasat dengan lebih terperinci,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ayah Leka Berbual, Suis Terbakar Pun Tak Sedar!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad