web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pakej Rahmah Allo Tawar Harga Langganan RM69 Sebulan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2023 1:33PM

Fahmi Fadzil - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo di bawah inisiatif Pakej Rahmah menawarkan harga langganan RM69 untuk tempoh kontrak 24 bulan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. 

Fahmi berkata Pakej Rahmah Allo yang menawarkan perkhidmatan Internet dengan data tanpa had sepanjang tempoh kontrak memberikan penjimatan RM30 sebulan berbanding pakej semasa yang ditawarkan syarikat berkenaan iaitu RM99.

"Rakyat Malaysia daripada kumpulan sasar seperti golongan B40, warga emas, veteran Angkatan Tentara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, pesara Agensi Penguakuatsaan Maritim dan Orang Kurang Upaya, layak menikmati akses Internet tersebut dengan kelajuan 100 megabit sesaat (Mbps)," katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo di sini, hari ini.

Pelancaran Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo merupakan hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Digital dengan penyedia perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Allo Technology Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Berhad.

Fahmi berkata perkhidmatan Internet tersebut meliputi kawasan bandar dan luar bandar bagi kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Perumahan Awam (PA) di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah yang mempunyai akses rangkaian liputan Allo.

Fahmi Fadzil (lima, kiri) bergambar pada majlis Pelancaran Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap (Home Internet) ALLO di Pusat Konvensyen Leo Moggie TNB Platinum, Bangsar - gambar BERNAMA
Fahmi Fadzil (lima, kiri) bergambar pada majlis Pelancaran Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap (Home Internet) ALLO di Pusat Konvensyen Leo Moggie TNB Platinum, Bangsar - gambar BERNAMA

Dalam pada itu, Fahmi berkata pakej tersebut bersifat ihsan kepada golongan sasar di samping membina negara yang lebih mampan serta membentuk rakyat lebih inovatif dan berdaya cipta bagi menjamin kesejahteraan melalui ekonomi digital.

“Kemudahan Internet kini tidak lagi dianggap sebagai satu kemewahan, ia sudah dianggap sebagai utiliti asas. Internet juga menjadi platform mencari rezeki, sama ada dari sudut peluang pekerjaan atau sebagai platform digital perniagaan bagi rakyat yang bergelar usahawan mikro,” katanya.

Beliau berkata kerajaan memandang serius untuk menjaga kebajikan rakyat dalam menikmati perkhidmatan Internet terbaik dengan harga lebih murah dan mampu milik melalui inisiatif Pakej Rahmah tersebut.

"Inisiatif ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup serta memastikan kesalinghubungan digital yang menyeluruh buat segenap lapisan masyarakat, katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata semua inisiatif Pakej Perpaduan telah dijenamakan sebagai Pakej Rahmah bagi memperingati inisiatif yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub semasa menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“Perubahan tersebut selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada Selasa lepas supaya ‘Rahmah’ dijenamakan sebagai inisiatif nasional kepada kumpulan sasar B40,” katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad