web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Naik Taraf 138 Klinik Zon Utara Dan Kelantan, Babit Peruntukan Lebih RM34 Juta 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2023 9:00AM

Dr Zaliha Mustafa - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Sebanyak 138 klinik kesihatan dan desa di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan terlibat dalam kerja-kerja baik pulih dan naik taraf dengan peruntukan keseluruhan lebih RM34 juta bagi tahun ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa yang berkongsi infografik menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf berkenaan melibatkan 40 projek di Kedah dengan status satu projek telah siap, 26 dalam pelaksanaan dan 13 pada status prapelaksanaan dengan peruntukan RM8.4 juta. 

Di Pulau Pinang pula, 14 projek dengan satu klinik telah siap, 12 dalam pelaksanaan manakala satu lagi dalam prapelaksanaan melibatkan RM3.5 juta.

Empat projek sedang dilaksanakan di Perlis melibatkan peruntukan RM1.5 juta, manakala 42 projek baik pulih dan naik taraf dilaksanakan di Perak dengan 36 dalam pelaksanaan, lima telah siap dan satu projek dalam prapelaksanaan melibatkan peruntukan RM11.8 juta. 

Sementara itu, Dr Zaliha menerusi Twitter memaklumkan di Kelantan sebanyak 38 projek dilaksanakan dengan satu telah siap, 31 dalam pelaksanaan dan enam dalam prapelaksanaan membabitkan peruntukan berjumlah RM9.3 juta.

Pada 17 Julai lepas, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan yakin dapat menyelesaikan semua projek naik taraf membabitkan 436 klinik daif di seluruh negara menjelang penghujung tahun ini dengan peruntukan lebih RM100 juta. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

4

Politik 7 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad