web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lolos Dari Hospital, Banduan Dicekup Semula Selepas 17 Jam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 9:46PM

Nordin Ahmad melarikan diri ketika sedang menjalani rawatan tibi - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL -- Seorang tahanan penjara meloloskan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB), di sini, semalam, telah berjaya ditahan semula di Jalan Pantai, Butterworth, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Ng Ah Thiam, berkata lelaki tempatan berusia 54 tahun itu ditahan pada jam 8.45 pagi tadi dengan bantuan pasukan dari Penjara Seberang Perai .

 “Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan kerjasama kepada kita," katanya, dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, polis menerima laporan pada jam 3.56 petang daripada warden penjara yang memaklumkan tahanan tersebut iaitu Nordin Ahmad dikatakan meloloskan diri ketika berada di Wad Kuarantin Tibi (Wad5) hospital berkenaan.

Semasa meloloskan diri, suspek memakai t-shirt kelabu dan seluar pendek warna hitam.

Berikutan kejadian itu, polis melancarkan ‘Op Tutup’ dan usaha giat dijalankan bagi mengesan tahanan tersebut yang dipercayai masih berada di sekitar daerah berkenaan. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran