web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tolak Panggilan Polis Punca Sanusi Ditahan - Razaruddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 8:07PM

Razarudin Husain - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Penahanan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada awal pagi tadi disebabkan beliau banyak kali menolak panggilan telefon yang dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata panggilan telefon berkenaan dibuat selepas pihaknya menerima arahan berkaitan pertuduhan membabitkan Muhammad Sanusi daripada Jabatan Peguam Negara, semalam.

Beliau berkata pemeriksaan polis mendapati Muhammad Sanusi tiada di Kedah dan berada di sebuah stesen televisyen di ibu negara.

“Tiada kelibat beliau (Muhammad Sanusi) di sana dan beliau turut menolak panggilan kami yang mahu memaklumkan supaya hadir ke mahkamah. Kami juga sudah menghubungi beliau menerusi setiausaha politik dan pegawainya, namun semua panggilan ditolak,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini, hari ini.

Razarudin berkata Muhammad Sanusi ditahan berikutan siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan siasatan mendapati terdapat unsur kecenderungan kebencian dan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

-

Muhammad Sanusi ditahan sekitar jam 2.30 pagi tadi di Mont Kiara - gambar Twitter
Muhammad Sanusi ditahan sekitar jam 2.30 pagi tadi di Mont Kiara - gambar Twitter

Beliau berkata Muhammad Sanusi ditahan pada 2.30 pagi tadi di Mont Kiara di sini bagi memastikan beliau hadir ke mahkamah.

Katanya menjadi kelaziman bagi individu yang disiasat mengikut Sekyen 4(1) Akta Hasutan ditahan.

“Seksyen ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang lazim ditangkap, boleh ditangkap, bukannya kesalahan tak boleh tangkap, ia kesalahan boleh tangkap.

“Sebenarnya, kalau kesalahan boleh tangkap ini, kalau tanya sayalah, bila-bila kita nak tangkap pun tidak apa, bila-bila pun boleh,” katanya.

Razarudin berkata setakat ini, 58 laporan polis termasuk daripada Ahli Dewan Diraja Selangor diterima berhubung kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu yang didakwa menyentuh isu 3R iaitu Institusi Diraja, Agama dan Bangsa.

Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berkaitan kenyataan 3R - gambar BERNAMA
Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berkaitan kenyataan 3R - gambar BERNAMA

Muhammad Sanusi, 48, hari ini dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Selayang di sini atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lepas.

Beliau mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Sanusi didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan terbabit di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara - Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, 11 Julai lepas.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.  -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Sah, Menantu Bekas PM Yang Diburu SPRM Ada Di Luar Negara - KPN

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Pegawai Petronas Terima Ugutan, Polis Perketat Kawalan Di Fasiliti LNG Bintulu

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Ditahan Di Teluk Guantanamo Selamat Tiba Di Tanah Air - KPN

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Balai Polis Beroperasi Seperti Biasa Walau Pintu Pagar Tutup - KPN

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 12 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad