web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Lemas Semasa Mencari Kepah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2023 12:30PM

Kejadian melibatkan tiga lelaki yang mencari kepah dengan dua daripada mereka telah hilang dibawa arus manakala seorang berjaya menyelamatkan diri. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Dua lelaki lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mencari kepah di pantai Esplanade Buntal, Kampung Buntal di sini, tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan mayat mangsa pertama Mohamad Amin Umar, 39, ditemukan pada pukul 3.30 pagi manakala mangsa kedua, Awang Khairul Aziq Awang Chula, 25, dijumpai pada pukul 3.42 pagi.

Menurutnya, pihak Bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 12.47 tengah malam, melibatkan tiga lelaki yang mencari kepah dengan dua daripada mereka telah hilang dibawa arus manakala seorang berjaya menyelamatkan diri.

“Bomba telah membuat pemantauan dan mencari dalam radius 100 meter di sekitar lokasi mangsa dikhuatiri lemas. Mangsa pertama telah dijumpai penduduk kampung pada 3.30 pagi, kira-kira 400 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa kedua dijumpai anggota pasukan penyelamat dan penduduk kampung pada 3.42 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kedua-dua mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan