web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Poster Dakwa Kerajaan Setuju Pengeluaran KWSP Secara Bulanan Tidak Benar - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 6:00PM

Masyarakat perlu merujuk kepada komuniti MADANI yang memainkan peranan penting memastikan isu-isu tersebut dipanjangkan kepada pihak atasan supaya penjelasan yang tuntas dan jelas dapat disampaikan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Poster yang tersebar di media sosial mendakwa kerajaan bersetuju supaya pengeluaran kepada pencarum-pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah mencapai umur 55 tahun hanya dibuat secara bulanan adalah tidak benar.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata beliau telah menyemak maklumat itu dengan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah dan meminta pihak KWSP untuk memberikan penjelasan sepenuhnya.

“Sebagai seorang menteri yang menjaga isu komunikasi saya dengan segera tidak menghantar (poster itu) kepada orang lain kecuali kepada Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah sendiri (untuk menyemak kesahihannya).

“… (kemudiannya) beliau telah menyampaikan mesej kepada saya beliau menyatakan ini masih di peringkat kajian, tidak ada hasrat pada waktu ini untuk mengenakan dasar tersebut kepada mana-mana pencarum sedia ada,” katanya ketika berucap pada Program Kita MADANI Peringkat Negeri Selangor di Banting hari ini. 

Beliau berkata sehubungan itu, masyarakat perlu merujuk kepada komuniti MADANI yang memainkan peranan penting untuk memastikan isu-isu tersebut dipanjangkan kepada pihak atasan supaya penjelasan yang tuntas dan jelas dapat disampaikan.

“Komuniti MADANI merupakan platform yang tepat untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih mengenai dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan kepada rakyat secara berterusan.

“Selain itu, Komuniti MADANI juga menjadi platform untuk menjelaskan dan menangkis sebarang isu, fitnah dan berita palsu yang menular,” katanya.

Sebanyak 1,878 Komuniti MADANI iaitu badan sukarela yang diwujudkan terdiri daripada pelbagai kaum ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan Malaysia, telah ditubuhkan di seluruh negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad