web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Akan Ada AirAsia Tanpa Pahamin, Kata Fernandes

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 3:00PM

Walaupun tidak selalu berjumpa, Pahamin sentiasa berhubung dan seorang penyokong yang hebat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Tidak akan ada AirAsia tanpa Datuk Pahamin A Rajab,” kata pengasas bersama AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengenai pemergian pengasas bersama dan bekas pengerusi syarikat penerbangan tambang rendah itu.

“Dengan sangat sedih salah seorang pengasas bersama asal @flyairasia meninggal dunia dalam penerbangan ke London. Tiada AirAsia tanpa Datuk Pahamin. Beliau adalah rakyat Malaysia yang hebat, seorang patriot sejati dan seorang kawan yang baik,” kata Fernandes, yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk AirAsia, Capital A Bhd, dalam catatan di Instagramnya.

Beliau berkata walaupun mereka tidak begitu selalu berjumpa, Pahamin sentiasa berhubung dan seorang penyokong yang hebat.

“Kami akan memberikan penghormatan yang sewajarnya,” kata Fernandes. 

Pengerusi Eksekutif Capital A dan seorang lagi pengasas bersama, Kamarudin Meranun, turut menzahirkan ucapan takziah di laman Instagram. 

“Dengan rasa yang amat sedih, saya menerima perkhabaran bahawa insan kesayangan kami ibarat bapa, abang, sahabat dan bekas pengerusi AirAsia atau kini dikenali sebagai @flyairasia telah meninggal dunia malam tadi,” katanya.

Pemergian Pahamin telah dikongsi oleh menantunya, pelakon Azhar Sulaiman menerusi hantaran video di Instagram, awal pagi ini.

“Assalamualaikum semua, saya nak maklumkan bapa mentua Datuk Pahamin A Rajab baru meninggal dunia. Beliau baru sampai London, kena serangan jantung dalam penerbangan. Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya, Rees berada di London,” katanya.

Pahamin, 77, pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

JPJ KL Lelong 124 Kenderaan, Kutipan Cecah RM237,000

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar