web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Menteri Kerajaan Perpaduan Menyalahi Tata Kelola, Tadbir Urus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 8:28PM

Anwar Ibrahim (tengah) pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2023 Peringkat Kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehingga kini tiada menteri dalam Kerajaan Perpaduan pimpinannya terlibat dalam amalan yang menyalahi tadbir urus dan tata kelola.

“Dalam tujuh bulan ini, belum ada kes menteri yang amalkan gelojoh nafsu serakah yang lama untuk menyakau mana-mana kontrak (kerajaan) kerana kita tegas jaga tata kelola ini, elak dari rasuah dan ketirisan," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 warga peneroka Felda sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2023, di sini hari ini.

“Kita hadapi masalah ekonomi yang berat, hutang begitu banyak, masalah tak selesai tapi saya yakin sekiranya kita di landasan betul, elak ketirisan, elak tamak haloba, elak nafsu serakah, (elak) ambil kekayaan bukan hak kita, saya yakin Malaysia akan bangkit sebagai negara hebat dan gagah di rantau ini,” katanya.

Anwar berkata walaupun Kerajaan Perpaduan dianggotai pelbagai parti seperti PKR, DAP, UMNO, Amanah dan Gabungan Parti Sarawak, namun tiada unsur-unsur sabotaj berlaku seperti didakwa sesetengah pihak.

“Saya dalam PH (Pakatan Harapan), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (daripada) UMNO, tapi kita ambil keputusan demi Felda, demi kehidupan orang Melayu, dan rakyat Malaysia kita ambil bersama angkat martabat negara ini untuk hebat semula.

Bila saya bentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk tolong Felda, disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, disokong Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, disokong Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Inilah perpaduan yang membawa kebaikan untuk rakyat,” katanya lagi.

Anwar pada majlis itu menyatakan komitmen kerajaan untuk melupuskan 80 peratus hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.

Anwar turut mengingatkan pengurusan Felda supaya lebih cekap mengurus, tidak mengizinkan sebarang ketirisan, tidak boros dan tidak mengizinkan pelaburan yang merugikan Felda.

“Jika tidak diurus dengan baik, izinkan pemborosan, amalan melabur ikut suka hati… inilah jadinya sehingga kerajaan terpaksa tanggung hutang sehingga RM8.3 bilion,” katanya.

Anwar dalam pada itu berkata beliau telah memberi kebenaran untuk Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjelajah ke kawasan Felda bagi membantu meningkatkan kemudahan asas di kawasan tanah rancangan itu seperti menyelesaikan benda-benda kecil seperti lampu jalan dan tandas sekolah. 

“Felda di bawah tanggungjawab saya, maka saya beri ruang kepada Ahmad Zahid dan kementerian beliau, baik dari segi peruntukan atau bidang kuasa yang saya fikir boleh dilakukan beberapa perubahan yang diperlukan tanpa terikat dengan peraturan dan dasar yang lama.

Saya beri ruang di mana mampu atau boleh dikendali dengan bantuan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah masuk (ke Felda) tanpa kerenah, tukar peraturan yang halang Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah masuk supaya program boleh berjalan lancar,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan memberi tumpuan khusus kepada warga Felda dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentang pada Oktober depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad