web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Suntikan Dos Vaksin AstraZeneca Kurang Dari Sepatutnya Akan Disiasat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 7:48AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sedang menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan kes pemberian vaksin AstraZeneca kurang daripada dos yang sepatutnya, iaitu kurang daripada 0.5 mililitet (mL).

CITF dalam satu kenyataan memaklumkan insiden berkenaan didakwa berlaku di Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPV AZ) World Trade Centre Kuala Lumpur semalam.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua penerima vaksin yang terlibat dalam insiden itu telah dikenal pasti.

"CITF tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mereka yang tidak memenuhi mutu yang kami tetapkan atau melanggar sebarang peraturan," katanya.

CITF turut menegaskan, pihaknya sentiasa mementingkan mutu perkhidmatan semua pakar perubatan yang terlibat di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan , termasuklah pakar perubatan swasta yang diuruskan oleh ProtectHealth Corporation Sdn Bhd yang terlibat dengan program imunisasi itu.- Bernama 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran