web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Kepala Air: Keluarga Bersyukur Dapat Selesaikan Pengebumian

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 12:27PM

Terdahulu, tujuh kenderaan membawa jenazah diiringi Unit Kereta Peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk disembahyangkan di Masjid Ubbudiah di Felda berkenaan - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Ahli keluarga mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu bersyukur apabila tanggungjawab menyempurnakan urusan pengebumian dapat diselesaikan malam tadi.

Mohd Ismail Eiyi, 36, yang juga adik kepada seorang daripada mangsa Azizah Eiyi, 40, berkata mereka sekeluarga berasa lega kerana proses pengebumian tujuh daripada sembilan mangsa berjalan lancar.

"Alhamdulillah kerana hari ini (malam tadi) semuanya selesai... dapat bawa (pulang) tujuh dahulu pun tak apa kerana kita sudah usaha untuk selesaikan. 

"Alhamdulillah dapat juga turunkan (kebumikan) tujuh (jenazah) malam ini," katanya kepada pemberita selepas urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 selesai, malam tadi. 

Jenazah Azizah dan suaminya Karim Abdullah, 39, serta lima anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada 11.52 malam. 

Terdahulu, tujuh kenderaan membawa jenazah diiringi Unit Kereta Peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk disembahyangkan di Masjid Ubbudiah di Felda berkenaan.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi FELDA Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman. 

Mohd Ismail berkata mereka kini berharap urusan pencarian seorang lagi anak saudaranya yang masih hilang iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14, dan urusan pengebumian Putri Alleya Maisarah Karim, 16, yang ditemukan petang semalam dipermudahkan. 

Seorang lagi masih hilang dalam tragedi itu ialah Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor yang juga tunang kepada Putri Balqis Izzati. 

Pada Ahad, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang dilaporkan berkelah di Jeram Air Putih pada petang Sabtu, sebelum hilang dihanyutkan kepala air di kawasan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar